Tuesday, March 15, 2011

Mungkinkah Azraai kembali ke Kedah?


Seperti mana yang kita tahu, pada tahun 2009 jurulatih kedah yang telah mencipta nama di negerinya sendiri dengan gelaran "Double Treble" telah menggemparkan seluruh penyokong setia hijau kuning dengan berita beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Sebab dan alasan beliau adalah kerana kemerosotan pasukan yang dibawa beliau ketika itu dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia. Kemudian masalah yang menyebabkan beliau meninggalkan pasukan kedah juga kerana masalah jentera serangan yang kurang menyerlah disebabkan kecederaan beberapa pemain, seperti khyril muhymeen ketika itu terpaksa rehat panjang akibat menjalani pembedahan lutut.

Selain pada itu, masalah utama beliau disebabkan tiada kerjasama dengan pihak pengurusan, pada masa itu Pengurus Datuk Khazali Din memegang tampuk pimpinan pengurusan pasukan Kedah.Sementara itu  Azraai mengatakan "Haris Safwan menghubungi saya sendiri dan menyatakan sanggup datang bermain di kedah, apabila perkara tersebut dimaklumkan kepada pengurusan langsung tidak dapat kerjasama dari pihak pengurusan".

Dan selepas beliau meninggalkan pasukan kedah, beliau telah berhijrah untuk menabur bakti pada pasukan muda kebangsaan, ketika itu beliau membimbing pasukan Harimau Muda ke Slovakia bersama jurulatih Azman Eusof.

Pada masa itu beliau telah direhatkan oleh FAM kerana ada sedikit konflik dalaman dalam pengurusan kejurulatihan pasukan itu dan beliau terikat dengan kontrak FAM sehingga tahun 2011.

Pada 8 Mac 2011, lagi sekali Azraai menggemparkan penyokong setia hijau kuning yang menunggu beliau dibebaskan dari kontrak bersama FAM dengan memaparkan ayat di laman sosial facebook beliau dengan mengatakan "Syukur Alhamdulillah akhirnya saya bebas".

Ramai penyokong setia hijau kuning yang memberi maklum balas di situ agar beliau memegang kembali jawatan ketua jurulatih kedah. kerana pada masa ini pasukan kedah mengalami kemerosotan dan penyokong mahukan pengunduran ketua jurulatih kedah sekarang Hj. ahmad yusof dan pengurus datuk Khazali Din.

Dan selepas beberapa hari, di dada-dada akhbar banyak mengeluarkan cerita mengenai Azraai telah dilamar oleh dua pasukan, tetapi beliau merahsiakan nama pasukan yang ingin menggunakan khidmat beliau itu. Selain itu, azraai juga menyatakan hasratnya untuk bersama kedah kembali jika beliau diberi peluang.

Menjadi tanda tanya sekarang pada masa beliau meletak jawatan, pengurus yang menguruskan pasukan kedah adalah Khazali Din, dan sekarang beliau juga masih memegang tampuk pimpinan itu. Seperti yang kita tahu sekarang penyokong Kedah mendesak agar khazali din berundur dari jawatannya kerana mereka mengatakan beliau adalah punca prestasi pasukan kedah merosot.

Jika Azraai kembali ke pasukan kedah adakah beliau akan selesa dengan pengurusan kedah sekarang ini atau sebaliknya?. apa yang diharapkan sekarang "PENYOKONG SETIA KEDAH" sentiasa menunggu Azraai Khor memberi keputusan untuk membimbing pasukan Kedah kembali. Dan sentiasa berdoa agar pihak KFA dapat memulihkan masalah yang dialami sekarang ini.

Penyokong kedah juga mengharapkan keputusan yang terbaik akan diberikan kepada penyokong setia hijau kuning dalam mesyuarat KFA yang akan datang.

No comments: