Saturday, July 28, 2012

Fitrah Manusia


Fitrah manusia ialah sentiasa mencari kebaikan. Mahu menuju ke arah kebaikan. Itulah sebabnya kita lihat ada keinsafan yang terbit dalam jiwa manusia yang normal, mahu bertaubat. Kita juga lihat fitrah manusia mencari TuhanNya, iaitu jika dipandu baik, akan membawa kepada fikrah islam.

Maka bila orang berkata, di peringkat remaja ada masanya kita rebellious, melawan ibubapa, terkeliru dengan personaliti diri dan membuat jahat adalah sesuatu yang normal, saya terfikir; benarkah itu normal?

Haruskah kita keliru dengan diri sendiri sedangkan kita sudah mempunyai al-Quran dan As-Sunnah yang lengkap sebagai panduan?
Adakah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi saat-saat sukar seperti itu?
Bagaimana pula dengan kisah pemuda kahfi?
Ataupun kematangan Saidina Ali?
Mahupun Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluk Constantinople pada usia yang maĆ­z remaja?

Saya terfikir, teori psikologi remaja itu seperti tidak releven. Malah, saya juga merasakan seperti saya tidak pernah melalui peringkat itu. Sebenarnya semua teori itu hanya berlaku pada generasi yang lemah, yang tidak tahu tujuan kehidupannya di dunia ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT dengan tugas yang penting, lalu mereka dibesarkan tanpa pengetahuan itu dan akhirnya leka di dalam kehidupan dunia.

Saya pernah terbaca satu artikel tulisan seorang warga Amerika menyatakan bahawa kanak-kanak kita sejak kecil lagi dibebankan dengan isu-isu dunia yang berat seperti kemiskinan dan peperangan di negara lain. Lalu saya terfikir, benarkah mereka terbeban? Benarkah mereka terlalu muda untuk itu? Jadi apakah masa yang sesuai untuk mendedahkan mereka kepada realiti di sekeliling mereka dan tanggungjawab mereka? Kemudian, pada masa yang sama, kanak-kanak di Kemboja, Palestin dan beberapa negara yang tidak aman juga mengangkat senjata.

Ini menjadikan saya agak keliru pula dengan faktor usia dan kematangan ini. Maklumlah, kini saya sendiri dikelilingi orang-orang dewasa yang berkelakuan seperti budak-budak. Malah dulu juga saya seperti itu. Dunia juga telah melatih kita untuk menjadi bodoh dan kekal menjadi kanak-kanak. Masakan tidak? Kita sering dimomokkan dengan kartun-kartun, komik, teddybear yang comel, cerita superhero, dan games yang tidak logik. Memang benar, sedikit sebanyak ia telah mengganggu psikologi kita.

Di saat saya tertanya-tanya, akhirnya seseorang memberikan jawapan yang saya nantikan. Seorang kakak pernah berkata, Allah SWT telah membahagikan manusia kepada beberapa peringkat umur. Di antara kayu ukurnya adalah umur kita mumayyiz dan akil baligh. Jadi sewaktu akil baligh, kita sudah sepatutnya tahu mana yang baik atau buruk, dan sudah berilmu untuk menjadi imam dalam solat. Bukan lagi seorang remaja yang masih khayal dan membazir masa dengan Naruto dan merempit di jalanan.

Bila sebut pasal fitrah juga, saya pelik dengan keterbalikan fitrah manusia kini. Manusia berlumba-lumba mahu menjadi jahat. Manusia kini berbangga menjadi manusia yang nakal, manusia yang jahat. Malah mereka malu untuk membuat kebaikan.
Katanya malu menjadi budak baik atau budak skema.
Dunia benar-benar sudah terbalik.
Manusia sepatutnya “adopt” fikrah islamiyah, tetapi jalan syaitan pula yang diikuti. Mungkinkah mereka sudah digoda syaitan dan iblis, lalu mengabaikan fitrahnya?
Bila manusia tidak mengikut fitrahnya, maka kehidupannya akan hancur dengan sendirinya…mampukah kita tunggu dan lihat sahaja?

Thursday, July 19, 2012

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan


Alhamdulillah, Ramadhan telah menyapa kehidupan kita. Ternyata kita antara yang bertuah kerana dipilih Allah SWT untuk menjejakan kehidupan kita di madrasah Ramadhan. Di sepanjang Ramadhan, Allah SWT tidak pernah lupa menghidangkan kepada kita seribu satu kebaikan dalam pesta ibadah terbesar buat kita meraih pahala berlipat kali ganda. Yang lupa hanyalah kita, sebaik berakhir Ramadhan, kita lupa nilai tarbiyah yang dilalui di sepanjang bulan mulia itu.

Manusia sering lupa dan memang pelupa dan pendosa. Betapa kita sering menyesali kesalahan yang telah kita kerjakan. Bahkan dalam sekelip mata kesalahan yang serupa segera kita ulangi. Kalau bukan kerana rahmat Allah SWT, terasa terlalu berat rasanya kewajiban untuk kita membersihkan jiwa dari pelbagai rawasib-rawasib (karat) dosa.

Jalan kehidupan ini banyak likunya, tajam selekohnya, panjang dan melelahkan. Terkadang kita dihenyak kelalaian sehingga beban dosa menghimpit jiwa, lantas kita berselingkuh dengan dosa-dosa sehingga kehidupan umpama berjalan dalam gelap gelita, sedangkan suis cahaya ada di hadapan mata. Debu dosa menutup pintu hati untuk melihat kebenaran. Al Quran yang di baca hambar rasa di jiwa. Tiada rintihan pada jiwa untuk terbangun dari kelekaan. Hati sudah hilang sensitifnya pada dosa. Lalu kata Iman al Ghazali, sekiranya hatimu sudah tidak berfungsi lagi, maka pohonlah pada Allah akan hati yang baru!

Sungguh mustahil manusia akan selamat apabila dia berjalan di lorong-lorong kehidupan ini tanpa bimbingan, panduan, arahan dan melewati terminal-terminal pembaikan jiwa untuk membersihkan hati, mengubati luka-lukanya dan meluruskan kembali arah hidupnya yang barangkali sudah jauh menyimpang.

Apakah masih ada harapan untuk kita kembali kepada fitrah asal kita sebagai hamba Allah SWT.? Sesungguhnya Allah kaya dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Lalu Allah mengatur keperluan hamba-Nya untuk melalui terminal-terminal istimewa agar kita kembali kepada fitrah. Antaranya solat sehari lima waktu merupakan terminal terhebat untuk mengembalikan kita kembali kepada fitrahnya, memperhambakan dirinya kepada Allah. Tidak cukup dengan itu, Allah anugerahkan keberkahan bulan Ramadhan, terminal 30 hari melalui proses perawatan jiwa. Tidak hairanlah apabila Ramadhan dikenali sebagai bulan syahrut Tarbiyah.

Subnallah, Ramadhan adalah bulan pentarbiahan hati. Bulan umat meraih kembali kepercayaan dari Allah SWT untuk melayakkan kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Kembali kepada fitrah asal, bersih dari noda dan kelumat dosa. Ramadhan menjadi terminal terbaik buat kita membersihkan diri, mengevalusi kembali arah jalan kehidupan kita dan mengubat luka-luka pada jiwa akibat titik-titik hitam dosa.

Dari Abu Hurairah RA bahawanya Rasulullah SAW bersabda:

“Antara solat fardhu ke solat fardhu yang lain, antara Jumaat ke Jumaat yang lain dan antara Ramadhan ke Ramadhan yang lain merupakan penghapus dosa-dosa apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR Muslim)

“Barang siapa yang shaum (puasa) pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga kita mulai Ramadhan pada kali ini dengan “mindset” yang betul dan benar, iaitu meraih redha Allah dan mengharap keampunan, maghfirah dan pembebasan dari azab api neraka.

Janganlah pernah penat berharap kepada Allah SWT. Ayuh kita meraih limpahan rahmat dari Allah SWT di sepanjang Ramadhan ini kerana terminal Ramadhan termuat dengan janji kepada kita untuk kembali kepada “dunia baru” kehidupan, Rasulullah SAW ada bersabda:

“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;

1.Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.

2.Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.

3.Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.

4.Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.

5.Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.

(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir RA)

Ya Allah! Semoga Ramadhan pada kali ini benar-benar mengesan pada jiwa ini, menghidupkan iman kembali, agar dengan iman aku kembali kepada fitrah asal, menjadi hamba Allah SWT yang sebenar-benarnya.

Pengalaman Mendewasakan Kita Dan Pengalaman Mengajar Kita Erti Kehidupan Sebenar

WALAUPUN SENANG UNTUK DIUNGKAPKAN,

sepatutnya, kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang lampau demi memastikan kita terus bergerak ke hadapan kerana musuh sentiasa perhatikan kita. Tidak kiralah sesama kita mahupun penjajah-penjajah lampau. Langkah tetap perlu diteruskan tidak kiralah kita ini lumpuh atau sebagainya. Kerana kehidupan itu satu anugerah yang diberikan Ilahi kepada kita.

 BAK KATA SEORANG BLOGGER YANG PENAH AKU BACA.

Pengalaman adalah guru yang paling sempurna mungkin itu adalah ungkapan yang sesuai buat sebuah pengalaman. kita tidak tahu akan rasa masin kalau kita tidak makan garam, kita tidak bisa merasakan rasa manis kalau kita tidak merasakan gula. kita tidak bisa merasakan kasarnya tanah kalau kita tidak menyentuhnya. jadi pengalaman - pengalaman kita merasakan, menyentuh dan lain nya adalah guru yang sempurna.

 SO, aku akan belajar dari situ. belajar dari pengalaman. aku dah dewasa. aku perlu pikir tok masa depan. kita hidup di dunia ni hanya sementara. aku akan cari yang terbaik buat diri aku. aku tak akan persia sia kan peluang yang baik datang di depan mata. peluang yang sama mungkin susah untuk kita dapat kembali. hargailah dengan yang apa kita ada. memang manusia ni tidak akan puas dengan apa yang dia ada. tapi kita perlu hargai apa yang ada di depan mata. kalau ia pergi? apa yang kita dapat. kita perlu mencari kembali. jangan membuang masa. buat lah pengalaman dulu sebagai pengajaran di masa hadapan. kita perlu ada sifat terbuka untuk semua ini. kita tidak boleh menghukum semuanya. apa yang terbaik ada hadapan kita. memang aku sekarang dah lari pada topik yang aku sentuh. tapi, ni lah asam garam dunia. pucuk pangkatnya DARI HATI. 


Bukan Mudah Nak Puaskan Hati Semua Orang


Assalamualaikum....

Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang disekeliling...ada sapa-sapa yang setuju? atau nak bantah?huhu..tak de la..nie bagi aku la..bukan mudah nak puaskan hati semua orang...especially kalau kita dalam sesuatu jawatan tu and terpaksa buat sesuatu keputusan...kadang-kadang kita tersepit dalam nak wat satu keputusan tu...lagi teruk bila ramai yang kurang bersetuju and bercanggah dengan pendapat orang lain..argghh..mesti rasa nak bunuh diri je kan time tu..nak wat keputusan ni takut orang tu marah and tak suka...kalau nak wat keputusan itu pulak takut orang lain pulak marah..kadang-kadang tu kita yang rasa tension and serba salah kan...kalau boleh kita cuba nak puaskan hati semua orang...tapi kadang-kadang kita sendiri tak mampu sebab bukan senang nak puaskan hati orang...setiap orang lain ada pendiriannya, lain caranya...tak semua boleh terima dengan sesuatu keputusan itu walaupon ia baik..kan2!!








Sunday, July 8, 2012

Warkah Buat Bakal Isteriku....



Buat bakal isteriku,
Apa khabar dirimu saat ini,dan apa juga khabar imanmu hari ini?Adakah harimu dimulakan dengan syukur pada Tuhan kerana masih memanjangkan umurmu,masih diberi peluang untuk menatap fananya hidup ini?Apakah masih segar wudhu yang membasahi tubuhmu?Mudah-mudahan ia mampu menyegarkan kembali iman yang mungkin lesu serta membugarkan ingatanmu kepada janji kepada Yang Satu.Amanah agama ini yang berada digenggamanmu.
Bakal isteriku,
Sungguh aku tidak tahu dimanakah kamu saat dan ketika ini.Tetapi aku tahu, walau dimana sahaja kamu berada,kasih dan rahmat Tuhan pasti bersamamu sebagaimana ia mencintaiku saat dan ketika ini.Aku yakin ketika ini Dia sedang melatih kamu untuk menjadi mujahidah agar dapat bersama aku di saff perjuangan ini.Sama seperti mana Dia sedang melatihku kini.Jauh di hujung sana,aku pasti kamu pasti sedang menungguku untuk dijadikan mujahid di sisi agar kau punya rasa bangga tika memilikiku kelak.
Bakal isteriku,
Hanya kesalihan yang aku harapkan daripadamu  dan moga-moga itu juga yang menjadi dambaanmu daripadaku.Kerana jika ketampanan yang kau cari, maka ketahuilah kesia-siaan yang akan kau dapatkan.Aku masih mentah dan baru dalam perjalanan ilmu pengetahuan,tetapi aku mengharapkan dengan ilmuku yang sedikit ini,aku mampu menjadi mujahid setia dalam menggapai redha Tuhan.
Wahai bakal isteriku,
Aku masih dibawah asuhan ibu dan bapaku.Tidaklah aku mengharapkan yang lain selain daripada aku menjadi tabungan keduanya diakhirat kelak.Dan aku tahu begitu juga halnya denganmu wahai bakal isteriku.Cuma aku mengharapkan kamu menjadi isteri yang soleh agar cukup dapat menjadi bidadari pendampingku di syurga kelak,insya Allah.
Buat bakal isteriku,
Aku ini punya cemburu yang kuat.Tetapi jika Allah dan Rasul lebih kau rindui, maka aku redha,dan aku mengharapkan yang sama daripadamu.Meskipun kau bukanlah yang aku harapkan,tetapi ketahuilah bahawa engkaulah yang aku dambakkan.
Bakal isteriku,
Jika kelak Allah mentakdirkan kita mempunyai mujadid-mujahid comel,aku pohon agar engkau dapat bersamaku mendidiknya.Dengan didikan al-Quran untuknya mengenal Tuhan.Bantu aku dalam menanamkan bibit kecintaan kepada Allah dalam diri generasi harapan kita nanti.
Kepada bakal isteriku,
Ketahuilah bunga hanya akan mekar apabila tiba waktunya dan kumbang akan datang menghinggap tika mana bunga sedang berkembang mekar di taman. Maka aku mengharapkan sebelum tibanya masa itu,bunga akan terus dibaja, kumbang terus berterbangan bertasbih memuji kebesaran Tuhan.Aku kini sedang bersiap untuk menjadi lebih baik walaupun bukan yang terbaik, setidak-tidaknya terbaik buat dirimu kelak.
Bakal isteriku,
Inilah harapan yang mampu kuukirkan dalam sekilas kata,walau kata orang tidak semua yang dirasa mampu diluahkan dengan kata-kata.Inilah yang sedang kuhadapi.Moga kelak disaat kita bersama, itulah saat aku belajar memahami dirimu,sama halnya dengan engkau yang belajar memahami diriku.
Moga kita bersabar dalam menanti takdir Tuhan.Walau dimana kini engkau berada,ketahuilah engkau akan sentiasa berada dalam munajatku pada Tuhan. Moga engkau terus bersabar dalam menanti jemputan untuk menjadi bidadariku.Insya Allah
Jumpa nanti ^_^

Saturday, July 7, 2012

My Future Wife


Dear my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day,bila kita dah berjumpa nanti,saya harap awak mampu terima saya seadanya seperti mana saya akan terima awak dan diri awak sebenarnya.Lagi pun,saya tahu yang awak nie memang seorang baik hati,lemah lembut dan penyayang.

Saya tak tahu pasal masa depan saya.Saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan ada.So,dengan kata lain,saya mungkin tak mampu nak penuhi segala permintaan awak.Saya juga mungkin tak mampu nak bagi awak emas intan berlian.Harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak beharta nie.

Bila kita ada rumah sendiri nanti,saya tak kisah kalau awak nak bekerja.Tapi lagi bagus kalau awak duduk je rumah jaga saya.Saya bukan mintak di layan bagai raja.Tapi kalau saya balik dari kerja tu,apa salahnya tanggalkan stokin saya,urut bahu saya,sediakan makan-minum saya,tue pon dah cukup.

Awak,saya harap awak seorang isteri yang pandai masak.Saya bukan mintak awak masak  macam makanan dekat hotel tue.Asalkan awak pandai masak yang simple-simple pun jadi la.Awak tahu,air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia.Lagi pun,tak kan setiap hari kita nak makan dekat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran,baik saya kahwin je dengan mak cik tukang masak tue.

Saya harap awak pandai jaga diri sebelum jumpa saya.Kalau boleh,jangan couple banyak-banyak sgt.Tak pernah couple lagi bagus.Tapi kalau dah couple tue,jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend awak.Bila dating tue, jangan nak mengada-ngada keluar berdua.Boyfriend awak tue bukan boleh percaya sangat.Kebanyakkanya adalah mulut buaya.Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis.Boys,their mouth is bullshit.So,don't trust them.

Akhir kata dari saya,bila kita kahwin nanti,awak masak,saya makan.Saya imam,awak makmum.Saya baca doa,awak aminkan.Awak merajuk,saya pujuk. Perfect,kan? So cepat lah cari saya.Saya takut lah nak cari 'awak'.Takut tersalah pilih perempuan lain.