Monday, April 29, 2013

Realiti Kehidupan Aku

Aku ada satu tabiat suka termenung.Boleh dikatakan hari-hari aku termenung.Termenung fikirkan itu ini. Sebelum tidur termenung.Bangun tidur termenung.Sampaikan tengah tidur pun otak masih ligat fikir macam-macam.Bunyinya memang nampak macam agak kelakar sikit.Tapi pada aku dengan cara termenung dan berfikir macam-macam tu boleh buat otak aku aktif.Aku suka bila otak aku aktif berfikir.Perkara yang selalu berlegar dalam otak aku aku ialah tentang kehidupan aku dengan kehidupan orang di luar sana.Aku tak tahulah apa kena dengan perangai aku yang suka banding-bandingkan kehidupan aku dengan kehidupan orang lain.Aku akan jadi moody secara tiba-tiba bila aku rasa kehidupan aku tak best dan tak hebat macam orang lain.Sedangkan kehidupan aku dah cukup best walaupun tak sehebat mana jika nak di bandingkan dengan orang yang mungkin lagi kurang dari segala segi kehidupan realitinya.Bila aku tengok FB,Baca timeline di twitter atau apa-apa saja yang berada di sekeliling aku,tengok kehidupan orang lain yang lagi hebat atau dalam erti kata lain lebih baik dari aku,automatik aku termenung dan berfikir...

Thursday, March 21, 2013

Impian Memiliki Kawasaki Ninja 250 r 2013 Tercapai

Alhamdullilah...06 March 2013 tercapai jugak impian aku memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi.Itulah impian aku sejak sekian lamanya hanya kini baru berpeluang...walaupun cuma 250cc aku berpuas hati...memadai sebagai permulaan utk menjadi seorang choppers@bikerz...model motor aku Kawasaki Ninja 250 r 2013.




 

Wednesday, February 27, 2013

Kawan Makan Kawan

Kawan makan kawan ni memang paling aku tak suka. Disebabkan diaorang nak berkawan juga dengan saya, saya terima sajalah. Jenis macam ni boleh tikam kita dari belakang. Orang macam ni kita kena jauhi, tapi jangan terlalu dekati juga. Bahaya… Ikut aje rentak dia tetapi perlu berhati-hati.Jangan terpedaya dengan apa yang dikata, dicerita dan diumpatkannya. Biasanya apa yang saya buat cuma dengar dan diamkan diri saja. Memang susah aku nak bagi pendapat atau mengeluarkan apa-apa komen sebab takut kata-kata kita nanti dipusing pulas jadi maksud tak baik dan disampaikan ke individu yang dijadikan bahan umpatan tu.Pernah terjadi pada aku juga, memang tak dinafikan sakit hati sampai mengamuk jugalah. Aku bukanlah jenis suka mengamuk tak tentu pasal.Tahap kesabaran aku ada batasnya juga, bila sampai hilang sabar boleh meletup juga macam gunung berapi…huhuhu

Friday, January 25, 2013

JANGAN TERLALU BERHARAP...

Setiap daripada kita pasti punya impian dan cita-cita masing-masing.Ada yang bercita-cita tinggi melangit dan ada pula yang sekadar berharap.Ada yang berimpian sampai ke bulan dan ada pula yang berimpian merentas tujuh lautan.Setiap impian dan cita-cita ini bermula dengan angan-angan.Tidak salah untuk berangan namun ianya haruslah realistik,jangan bermimpi untuk ke bulan kalau kita hanya berharap tanpa usaha.



Dalam percintaan pasti kita juga punya impian.Impian untuk membina mahligai cinta bersama jejaka/gadis idaman.Adakalanya kita sekadar menaruh harapan iaitu mencintai dalam diam,dan berharap si dia akan memahami perasaan kita.Adakalanya kita berimpian memiliki seseorang yang jauh tinggi darjat dan lain dunianya dari kita.Hati manusia memang tidak dapat lari daripada perasaan untuk memiliki.Berharap setiap cinta yang dicurahkan akan mendapat balasan. Namun siapalah kita untuk menentukan segalanya?



Terkadang impian kita akan dimakbulkan,dan segala yang kita impikan dapat dicapai.Namun ada ketikanya dimana impian kita tidak dikabulkan.Kita gagal memiliki apa yang kita hajati.Hasrat bersama dia tidak direstui,maka tiadalah jodoh bersamanya.Sesungguhnya hanya Allah yang Maha Berkuasa menentukan segalannya.



Namun jangan kita terlalu kecewa kerana Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.Sekiranya permintaan kita tidak ditunaikan tidak bermakna Dia tidak sayangkan kita.Mungkin Dia sedang memberi ujian pada kita sebagai hamba-Nya untuk menguji setahap mana keimanan kita pada-Nya.Mungkin jua Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya.

Genaplah Umurku 23 Tahun

Alhamdulillah,tanggal 15 Januari 2013,genaplah sudah umurku 23 tahun mengikut tahun masihi.act,sejujurnya start tahun lepas aku dah mula sedar makna hari lahir yg sebenar2nya...ingatan hari lahir adalah peringatan kepada kita semakin dekatnya kita kepada kematian...semakin sedikit baki usia yg tinggal...peningkatan usia perlu diiringi dgn kematangan diri...peningkatan usia perlu diiringi dgn kekuatan iman yang tinggi...

Jadi, x sepatutnya hari lahir disambut dgn perkara2 yg lagha yg takot2 lbih membawa kita menambah dosa yg sedia ada...bknlah aku menolak utk menyambut hari klahiran...kalo x, x kan la tiap2 tahun kite sambut maulud nabi kan...tapi,berpada2 lah...biarlah hari lahir itu disambut dgn adanya keberkatan dari Allah s.w.t...semoga bertambahnya usia,bertambah juga kematangan dan semakin tinggi ketaqwaan kite pd Allah s.w.t...

Alhamdulillah,untuk tahun ni sekali lg aku dpt bersama family di hari lahir...perkara wajib yg aku buat setiap kali hari lahir adalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak yg berjuang mengharungi kesakitan demi melahirkan insan yg bernama Ku Basri...terima kasih byk mak sbb melahirkan dan bersusah payah membesarkan aku yg nakal ni...

Semoga tahun 2013 ini dapat mendidik aku untuk menjadi lebih matang untuk menghadapi masalah,mengajar untuk aku lebih berdikari,tidak terlalu mengharapkan orang dan pelbagai lagi.Moga dikurniakan rezeki yang lebih untuk aku,keluargaku,sahabat-sahabat ku tidak kira di alam realiti mahupun maya.Jasa-jasa anda semua tidak akan aku lupakan.

Terima kasih kepada rakan2 facebook,Twitter atas ucapan anda,Moga dengan doa kalian dapat memberi semangat untuk diri ini untuk menempuh hari2 yang mendatang.