Sunday, March 13, 2011

Adakah Kedah Dapat Meneruskan Rentak Kemenangan?


Apa-apa pun kami nak ucapkan tahniah kepada pasukan kedah kerana berjaya mencatat kemenangan kedua semalam menewaskan Terengganu, 2-1. Ini merupakan kemenangan kedua Kedah selepas 7 perlawanan liga super. Persoalannya, mampukah Kedah mengekalkan kemenangan untuk perlawanan seterusnya?

Jika semalam Kelantan, yang sebelum ini kelihatan kebal untuk ditewaskan akhirnya tumbang jua ditangan Pahang. Ini membuktikan setiap pasukan di dalam Liga Super tidak jauh bezanya. Lihat saja lah bagaimana Kedah hampir mengalahkan Kelantan dilaman sendiri tempoh hari namun nasib tetap menyebelahi Kelantan. Selepas ini Kedah akan menentang Kuala Lumpur, pasukan yang sedang meningkat naik persembahannya. Jika pasukan Kedah tidak memperbaiki kelemahan yang ada, tidak mustahil kita akan gigit jari sekali lagi.

Bagi kami, Kedah mempunyai pemain yang cukup bagus. Dibarisi ramai pemain kebangsaan, Kedah sepatutnya mampu mencabar mana-mana pasukan. Tapi kita mesti ingat, kejayaan sesebuah pasukan tidak hanya bergantung kepada pemain semata-mata. Kejayaan sesebuah pasukan bermula daripada pihak pengurusan sendiri dalam menguruskan hal ehwal pasukan. Ini lah yang dikatakan menjadi punca prestasi terumbang ambing pasukan Kedah.

Apa-apa pun KFA telah membuat keputusan dengan merehatkan jurulatih Ahmad Yusof dan kita sebagai penyokong harus menghormati keputusan mereka. Adakah keputusan yang dibuat KFA betul atau salah, kita tiada kuasa untuk tentukan. Kita sebagai penyokong harus memberi sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pasukan Kedah. Lihat sajalah bagaimana “fans” EPL. Kalah atau menang sesebuah pasukan, penyokong mereka tetap memenuhi stadium memberi sokongan. Itu yang harus kita contohi. Jangan hanya mulut kita saja lantang bersuara apabila pasukan kita kalah kalau kita tidak pernah ada semangat sebagai penyokong setia hijau kuning.

No comments: