Wednesday, May 30, 2012

Persahabatan

'
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. 

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.


Demi Cinta Suci


Seribu persoalan menerpa jiwa. Satu demi satu tidak meleraikan kekusutan. Semakin difikirkan semakin memberi runsing. Kenangan terus datang silih berganti mengharapkan sesuatu yang tidak pasti terjadi.
Jauh di sudut hati menangisi takdir Ilahi. Takdir ilahi yang terjadi atas perancangan rapi. Namun perancangan yang bukannya jelas untuk direstui ilahi. Tetapi penuh dengan pelbagai wadah maksiat. Semakin sukar setiap langkah ke hadapan.
Kenangan itu terus mencengkam jiwa. Sesekali tertanya-tanya mungkinkah ia menjadi realiti. Sejauh mana takdir Ilahi memberi ruang untuk ia terjadi? Adakah mungkin ia menjadi realiti. Sekali lagi?
Justeru kenangan itu terus menerus ditangisi. Sehinggalah ilham yang dicari-cari memberi kompas untuk kembali kepada jalan yang lurus. Ketahuilah bahawa takdir Ilahi menguasai. Ketahuilah bahawa DIAlah sebaik-baik perancang.
Ketahuilah bahawa perancang yang terbaik adalah Allah. DIA merancang segala yang baik untuk hamba-hambaNya yang baik. Jika musibah menimpamu dan kenangan itu lenyap membawa diri, maka ketahuilah saat itu bukan itulah yang terbaik Allah mahukan untukmu.
Maka biarkan kenangan itu berlalu pergi.
Dengan meyakini Allah merancang sesuatu.
Yang lebih baik.
Lalu saat ini hati kembali berpadu dengan firman Ilahi.
”Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahwasanya yang demikaan itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfudz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.”
(Al-Hajj: 70)
Dalam Shahih Muslim dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiallahu’anhuma berkata,
”Saya mendengar Rasulullah bersabda, ‘Allah telah menulis ketentuan seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi selang waktu lima puluh ribu tahun.”
(HR. Muslim)

                               Hanya janji Allah yang pasti terjadi.

Saturday, May 19, 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012



Kelantan mencipta sejarah malam ini muncul juara Final Piala FA setelah menewaskan Sime Darby 1-0 hasil jaringan penalti oleh Ghaddar minit ke-58, untuk memastikan Kelantan menebus kekecewaan dalam dua edisi Final Piala  FA sebelum ini.Tahniah buat Kelantan kerana berjaya menjadi juara.

Memang berbaloi penyokong2 Kelantan yang datang dari jauh walaupun pasukan kegemaran mereka hanya menjaringkan 1 gol,lebih-lebih lagi hanya hasi jaringan penalti.

Tahniah juga kepada Sime Darby kerana bermain dengan baik terutamanya penjaga gol Redzuan yang menjaga gawang di final Piala FA dengan baik.Kemenangan buat kali pertama dalam sejarah untuk Kelantan.


Thursday, May 17, 2012

Kenapa ada JARAK antara kita


Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa.

Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.

Kini aku semakin mengerti, 'JARAK' ini bukan untuk menghukumku. Tetapi 'JARAK' ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan 'JARAK' ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.