Monday, April 16, 2012

Sah Vedran Gerc Pemain Import Baru Kedah

ALOR SETAR, 15 April (Bernama) — Kedah memilih Vedran Gerc dari Croatia sebagai pemain import barunya bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu yang semakin tumpul dalam saingan Liga Malaysia.

Gerc, 26, menggantikan pemain Ghana, Hamidan Mohammed yang disingkir selepas gagal memberi persembahan memuaskan termasuk ketika kalah 0-2 kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini Jumaat lepas.

Gerc akan bergandingan dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian serangan pada aksi menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri, Kuching malam Selasa.

Pengurus Pasukan Datuk Khazali Din yang mengesahkan pengambilan pemain import baru itu, berkata pemain terbabit menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dua hari lalu.

Thursday, April 12, 2012

April....

20/4/2012 genap 6 bulan aku kje dkat Jusco Queensbay Penang...dan merupakan hari last aku kje kt situ sbb contract aku tidak disambung oleh majikan.Aku x taw apa salah aku...mungkin  ini yg dikatakan lumrah kehidupan seorang insan...nmpk gayanya lpas nie aku kena cari hala tuju baru,ermm...nasib badan,redha dgn ketentuannya.