Saturday, January 7, 2012

Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012 Menewaskan Kelantan 2-1



Negeri Sembilan mencipta sejarah apabila muncul Juara Piala Sumbangsih 2012 selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam aksi menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Pemain Import,Jean Emmananuel Effa Owona muncul wira skuad Rusa apabila menjaringkan kedua-dua gol Negeri Sembilan.

Sebelum itu,Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan skuad Kijang 1-0 di depan pada minit ke-20 namun Owona menyamakan kedudukan pada minit ke-31 dan memastikan kemenangan buat Juara Piala Malaysia 2011 menerusi tandukan di minit ke-63.

SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK2 DIDIK COACH MOHD AZRAAI KHOR ABDULLAH!!
JUARA BARU PIALA SUMBANGSIH 2012


No comments: