Thursday, December 27, 2012

Cepatnya Masa Berlalu


Begitu pantas masa berlalu !

Pejam celik pejam celik,tinggal beberapa hari ja lagi,kita akan meninggalkan tahun 2012.Disember sudah pun sampai ke penghujung nya...banyak perkara perkara yang kita telah lalui sebelum ini,berlalu begitu sahaja...

Kini yang tinggal hanya lah kenangan terindah yang terukir dan dengan harapan ianya akan terus terpahat dalam hati kita...

Memori manis kita bersama kawan kawan...Makan bersama,belajar bersama,berkongsi segala duka dan lara...Namun hari bersilih ganti,takdir Ilahi menentukan segalanya... 

Ada masa kita harus berpisah dengan mereka...Di mana setiap pertemuan harus ada perpisahan...Dan sejak dari itu,air mata lah yang akan terus menemani hari hari kita... Tiada lagi dengar gelak tawa dari mereka...
Moga kita terus menjadi kawan biar pun umur kita semakin hampir ke kemuncaknya... Setiap rakan rakan yang pernah saya kenali,anda semua akan terus melekat dalam diari hatiku :)


Friday, November 16, 2012

Sukarkah Mencari Sahabat Sejati?

Persahabatan itu fitrah

Sahabat itu secara fitrahnya, manusia perlukan sahabat. Tak kiralah sama ada sahabat sebagai isteri mahupun kawan sebagai seorang sahabat. Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT. Saya yakin, anda pun tahu. Oleh itu, kita memerlukan sahabat sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah. Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.

Saya juga mengimpikannya dan ingin merasainya. Manisnya saat berukhuwah. Berukhuwah dengan ibubapa, abang dan adik, jiran tetangga, sahabat, rakan sekolah, guru, dan masyarakat kerana-Nya. Tapi saat ini, kita belajar di alam IPT. Maka itu, kecenderungan hubungan ukhuwah kita hanya kepada rakan-rakan atau sahabat. Berjuang bersama-sama mencapai cita-cita dijalan-Nya. 'Cemerlang Akademik dan Cemerlang Dakwah.'

Friday, October 19, 2012

Ibu Pemain Bola Sepak Kedah Dan Kebangsaan Meninggal Dunia


Ibu kepada pemain bola sepak Kedah dan Kebangsaan, Khyril Muhymeen Zamri, Norinson Yahya, 50, meninggal dunia malam tadi akibat barah payu dara.

Norinson yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 10 malam.Khyril Muhymeen, 25, anak kedua daripada tiga beradik kelihatan sugul dan enggan ditemu bual.

Penolong Jurulatih Kedah, Radhi Mat Din yang turut berada di rumah Khyril Muhymeen berkata, Khyril Muhymeen seorang yang tabah dan mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya walaupun ibunya tidak sihat.

"Sepanjang dua tahun ibunya menanggung derita sakit, dia (Khyril Muhymeen) masih mampu menjalankan tugas sebagai pemain bola sepak walaupun fikirannya turut terganggu dengan masalah kesihatan ibunya. Dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi segala dugaan," katanya kepada pemberita.

Pada 15 Oktober lalu, Khyril Muhymeen yang menyertai skuad negara ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana ibunya semakin tenat.

Jenazah Norinson dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Tiang, Pendang kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Khyril Muhymeen selepas ini akan bersama skuad Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2012.
p/s:buat khyril muhymeen,harap banyakkan bersabar dan berdoa,Dari dia kita datang..dari Dia jua kita kembali... Moga rohmu ibu dicucuri rahmatNya ! Al-fatihah !

Tuesday, October 16, 2012

Melupakan Seseorang Yang Kita Sayang

Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan hubungan cinta.Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini”. Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?
Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.
Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?
Intim minggu ini berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.

Anda bersedia melupakannya bila…
Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.

Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.

Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.

Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.

Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.

Cara terbaik melupakan si dia:
* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.

* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.

* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

Perasaan Tak Menentu...

 sukar untuk aku luahkan perasaan aku ketika ini..saat ini..
serabut..sakit kepala..

aku tak mahu mengharap lagi..
jika benar dia yang terbaik untuk aku..
permudahkan la segalanya..




Thursday, September 13, 2012

Friday, August 17, 2012

First Time Beraya Diperantauan



Tahun nie buat pertama kalinya dlm hidup aku yg penuh lara nie aku beraya diperantauan...perantauan lah sgt...penang je pun bukannya sydney ke...venice ke.hehe..mlm raya klau x dak apa2 hal insyaallah aku blk kg sat...aku beraya kt penang sampai raya ketiga tahun nie.Raya tahun nie bagi aku x dak yang istimewa cuma berjauhan dgn family,erm nk buat mcm mna kna bekerja di hari raya.

Orang lain sibuk dok shopping beli baju raya,aku x beli pon baju raya,sbb baju raya aku 2 tahun lpas masih elok lagi...ermm tahun nie jgk la aku beraya seorang diri,sbb aku x dak teman hidup.3 tahun aku hidup tanpa teman hidup,mungkin x dak jodoh lagi.aku redha semua ketentuanNya.

Dikesempatan ini saya Ku Basri Ku Halim,menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa ataupun tersinggung perasaan harap,dimaafkan...Akhir kata dari saya.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.