Aku ada satu tabiat suka termenung.Boleh dikatakan hari-hari aku
termenung.Termenung fikirkan itu ini. Sebelum tidur termenung.Bangun
tidur termenung.Sampaikan tengah tidur pun otak masih ligat fikir
macam-macam.Bunyinya memang nampak macam agak kelakar sikit.Tapi pada
aku dengan cara termenung dan berfikir macam-macam tu boleh buat otak
aku aktif.Aku suka bila otak aku aktif berfikir.Perkara yang selalu berlegar dalam otak aku aku ialah tentang kehidupan
aku dengan kehidupan orang di luar sana.Aku tak tahulah apa kena dengan
perangai aku yang suka banding-bandingkan kehidupan aku dengan
kehidupan orang lain.Aku akan jadi moody secara tiba-tiba bila aku rasa
kehidupan aku tak best dan tak hebat macam orang lain.Sedangkan
kehidupan aku dah cukup best walaupun tak sehebat mana jika nak di
bandingkan dengan orang yang mungkin lagi kurang dari segala segi
kehidupan realitinya.Bila aku tengok FB,Baca timeline di twitter atau apa-apa saja yang
berada di sekeliling aku,tengok kehidupan orang lain yang lagi hebat
atau dalam erti kata lain lebih baik dari aku,automatik aku termenung
dan berfikir...
Monday, April 29, 2013
Thursday, March 21, 2013
Impian Memiliki Kawasaki Ninja 250 r 2013 Tercapai
Alhamdullilah...06 March 2013 tercapai jugak impian aku memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi.Itulah impian aku sejak sekian lamanya hanya kini baru berpeluang...walaupun cuma 250cc aku berpuas hati...memadai sebagai permulaan utk menjadi seorang choppers@bikerz...model motor aku Kawasaki Ninja 250 r 2013.
Wednesday, February 27, 2013
Kawan Makan Kawan
Kawan makan kawan ni memang paling aku tak suka. Disebabkan diaorang
nak berkawan juga dengan saya, saya terima sajalah. Jenis macam ni
boleh tikam kita dari belakang. Orang macam ni kita kena jauhi, tapi
jangan terlalu dekati juga. Bahaya… Ikut aje rentak dia tetapi perlu
berhati-hati.Jangan terpedaya dengan apa yang dikata, dicerita dan diumpatkannya.
Biasanya apa yang saya buat cuma dengar dan diamkan diri saja. Memang
susah aku nak bagi pendapat atau mengeluarkan apa-apa komen sebab takut
kata-kata kita nanti dipusing pulas jadi maksud tak baik dan
disampaikan ke individu yang dijadikan bahan umpatan tu.Pernah terjadi pada aku juga, memang tak dinafikan sakit hati sampai
mengamuk jugalah. Aku bukanlah jenis suka mengamuk tak tentu pasal.Tahap kesabaran aku ada batasnya juga, bila sampai hilang sabar boleh meletup juga macam gunung berapi…huhuhu
Friday, January 25, 2013
JANGAN TERLALU BERHARAP...
Setiap daripada kita pasti punya impian dan cita-cita masing-masing.Ada
yang bercita-cita tinggi melangit dan ada pula yang sekadar berharap.Ada yang berimpian sampai ke bulan dan ada pula yang berimpian merentas
tujuh lautan.Setiap impian dan cita-cita ini bermula dengan
angan-angan.Tidak salah untuk berangan namun ianya haruslah realistik,jangan bermimpi untuk ke bulan kalau kita hanya berharap tanpa usaha.
Dalam percintaan pasti kita juga punya impian.Impian untuk membina
mahligai cinta bersama jejaka/gadis idaman.Adakalanya kita sekadar
menaruh harapan iaitu mencintai dalam diam,dan berharap si dia akan
memahami perasaan kita.Adakalanya kita berimpian memiliki seseorang
yang jauh tinggi darjat dan lain dunianya dari kita.Hati manusia memang
tidak dapat lari daripada perasaan untuk memiliki.Berharap setiap
cinta yang dicurahkan akan mendapat balasan. Namun siapalah kita untuk
menentukan segalanya?
Terkadang impian kita akan dimakbulkan,dan segala yang kita impikan
dapat dicapai.Namun ada ketikanya dimana impian kita tidak dikabulkan.Kita gagal memiliki apa yang kita hajati.Hasrat bersama dia tidak
direstui,maka tiadalah jodoh bersamanya.Sesungguhnya hanya Allah yang
Maha Berkuasa menentukan segalannya.
Namun jangan kita terlalu kecewa kerana Allah itu Maha Adil dan Maha
Mengetahui.Sekiranya permintaan kita tidak ditunaikan tidak bermakna
Dia tidak sayangkan kita.Mungkin Dia sedang memberi ujian pada kita
sebagai hamba-Nya untuk menguji setahap mana keimanan kita pada-Nya.Mungkin jua Dia sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Setiap peristiwa yang terjadi ada hikmahnya.
Genaplah Umurku 23 Tahun
Alhamdulillah,tanggal 15 Januari 2013,genaplah sudah umurku 23 tahun
mengikut tahun masihi.act,sejujurnya start tahun lepas aku dah mula sedar
makna hari lahir yg sebenar2nya...ingatan hari lahir adalah peringatan kepada kita semakin dekatnya kita kepada kematian...semakin sedikit baki usia yg tinggal...peningkatan usia perlu diiringi dgn kematangan diri...peningkatan usia perlu diiringi dgn kekuatan iman yang tinggi...
Jadi, x sepatutnya hari lahir
disambut dgn perkara2 yg lagha yg takot2 lbih membawa kita menambah dosa
yg sedia ada...bknlah aku menolak utk menyambut hari klahiran...kalo x, x kan la tiap2 tahun kite sambut maulud nabi kan...tapi,berpada2 lah...biarlah hari lahir itu disambut dgn adanya keberkatan
dari Allah s.w.t...semoga bertambahnya usia,bertambah juga kematangan
dan semakin tinggi ketaqwaan kite pd Allah s.w.t...
Alhamdulillah,untuk tahun ni sekali lg aku dpt bersama family di hari lahir...perkara wajib yg aku buat
setiap kali hari lahir adalah mengucapkan jutaan terima kasih kepada mak yg
berjuang mengharungi kesakitan demi melahirkan insan yg bernama Ku Basri...terima kasih byk mak sbb melahirkan dan bersusah payah
membesarkan aku yg nakal ni...
Semoga tahun 2013 ini dapat mendidik aku untuk menjadi lebih matang
untuk menghadapi masalah,mengajar untuk aku lebih berdikari,tidak
terlalu mengharapkan orang dan pelbagai lagi.Moga dikurniakan rezeki
yang lebih untuk aku,keluargaku,sahabat-sahabat ku tidak kira di alam
realiti mahupun maya.Jasa-jasa anda semua tidak akan aku lupakan.
Terima kasih kepada rakan2 facebook,Twitter atas ucapan anda,Moga dengan doa kalian dapat memberi semangat untuk diri ini untuk menempuh hari2 yang mendatang.
Thursday, December 27, 2012
Cepatnya Masa Berlalu
Begitu pantas masa berlalu !
Pejam celik pejam
celik,tinggal beberapa hari ja lagi,kita akan meninggalkan tahun 2012.Disember sudah pun sampai ke penghujung nya...banyak perkara perkara yang kita telah lalui sebelum ini,berlalu begitu
sahaja...
Kini yang tinggal hanya lah kenangan terindah yang terukir dan dengan harapan ianya akan terus terpahat dalam hati kita...
Memori manis kita
bersama kawan kawan...Makan bersama,belajar bersama,berkongsi segala
duka dan lara...Namun hari bersilih ganti,takdir Ilahi menentukan
segalanya...
Ada masa kita
harus berpisah dengan mereka...Di mana setiap pertemuan harus ada
perpisahan...Dan sejak dari itu,air mata lah yang akan terus menemani
hari hari kita... Tiada lagi dengar gelak tawa dari mereka...
Moga kita terus
menjadi kawan biar pun umur kita semakin hampir ke kemuncaknya... Setiap
rakan rakan yang pernah saya kenali,anda semua akan terus melekat dalam
diari hatiku :)
Friday, November 16, 2012
Sukarkah Mencari Sahabat Sejati?
Persahabatan itu fitrah
Sahabat itu secara fitrahnya, manusia perlukan sahabat. Tak kiralah
sama ada sahabat sebagai isteri mahupun kawan sebagai seorang sahabat.
Manusia diciptakan tidak sempurna kerana kesempurnaan hanya milik Allah
SWT. Saya yakin, anda pun tahu. Oleh itu, kita memerlukan sahabat
sebagai pelengkap kepada kelemahan kita. Penguat saat kita lemah.
Menghulurkan tangan saat kita jatuh. Penghibur saat kita berduka.
Saya juga mengimpikannya dan ingin merasainya. Manisnya saat
berukhuwah. Berukhuwah dengan ibubapa, abang dan adik, jiran tetangga,
sahabat, rakan sekolah, guru, dan masyarakat kerana-Nya. Tapi saat ini,
kita belajar di alam IPT. Maka itu, kecenderungan hubungan ukhuwah kita
hanya kepada rakan-rakan atau sahabat. Berjuang bersama-sama mencapai
cita-cita dijalan-Nya. 'Cemerlang Akademik dan Cemerlang Dakwah.'
Friday, October 19, 2012
Ibu Pemain Bola Sepak Kedah Dan Kebangsaan Meninggal Dunia
Ibu kepada pemain bola sepak Kedah dan Kebangsaan, Khyril Muhymeen
Zamri, Norinson Yahya, 50, meninggal dunia malam tadi akibat barah payu
dara.
Norinson yang menderita penyakit itu sejak dua tahun lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah kira-kira 10 malam.Khyril Muhymeen, 25, anak kedua daripada tiga beradik kelihatan sugul dan enggan ditemu bual.

Penolong Jurulatih Kedah, Radhi Mat Din yang turut berada di rumah Khyril Muhymeen berkata, Khyril Muhymeen seorang yang tabah dan mampu memberi komitmen yang tinggi terhadap kerjayanya walaupun ibunya tidak sihat.
"Sepanjang dua tahun ibunya menanggung derita sakit, dia (Khyril Muhymeen) masih mampu menjalankan tugas sebagai pemain bola sepak walaupun fikirannya turut terganggu dengan masalah kesihatan ibunya. Dia seorang yang tabah dan cekal menghadapi segala dugaan," katanya kepada pemberita.
Pada 15 Oktober lalu, Khyril Muhymeen yang menyertai skuad negara ke Hong Kong untuk perlawanan persahabatan terpaksa pulang ke tanah air kerana ibunya semakin tenat.
Jenazah Norinson dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Sungai Tiang, Pendang kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Khyril Muhymeen selepas ini akan bersama skuad Harimau Malaya bagi persiapan menjelang Kejohanan AFF Suzuki Cup 2012.
p/s:buat khyril muhymeen,harap banyakkan bersabar dan berdoa,Dari dia kita datang..dari Dia jua kita kembali... Moga rohmu ibu dicucuri rahmatNya ! Al-fatihah !
Tuesday, October 16, 2012
Melupakan Seseorang Yang Kita Sayang
Mengapa hati ini begitu sukar untuk melupakan insan yang pernah
bertakhta di hati, sedangkan sudah bertahun-tahun lamanya memutuskan
hubungan cinta.Manisnya saat pertama kali mengenali hati si dia, apatah
lagi mengenangkan kembali bibit-bibit cinta yang pernah diharungi
bersama. Ketika itu, hidup ibarat tinggal di atas kayangan bersama si
pari-pari dan sang putera raja. Indahnya sinaran mentari sehingga tidak
dapat menjelaskan apa yang terungkai di hati.
Namun, semuanya sementara. Harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. “Mengapa kenangan lalu masih menghantui fikiran” dan “Adakah si dia juga merasai apa yang aku rasakan ketika ini”. Adakah perkara ini seringkali menjadi persoalan difikiran anda?
Namanya seringkali menjadi ingatan walaupun sudah kita ada pengganti. Lebih parah, apabila kamu tidak dapat menerima cinta baru itu daripada insan lain, sedangkan kamu sudah berpisah bertahun-tahun lamanya.
Mungkinkah kamu belum bersedia menerima penggantinya, sehinggakan teman-teman lain dapat melihat dan merasakan perubahan sikap kamu itu?
Intim minggu ini berkongsi tip untuk melupakan bekas kekasih yang satu ketika dahulu dialah insan yang paling disanjungi. Berikut adalah beberapa tuntunan yang perlu dilakukan apabila hati kamu masih tidak aman.
Anda bersedia melupakannya bila…
Menghapus kenangan bersama si dia
Setiap perkara yang dilakukan akan membuatkan kamu mengingatinya kembali. Singkirkan dia daripada lamunan dirimu dan simpan foto-foto kamu berdua mahupun hadiah-hadiah pemberiannya di satu tempat yang lebih jauh dari jangkauan dan pandangan mata.
Jangan lupa padamkan nombor telefon bimbitnya daripada genggam kamu. Termasuklah juga khidmat pesanan ringkas (SMS) dan pesanan suara darinya.
Jangan menyeksa diri
Bila ada benda-benda atau sesuatu yang tidak dapat disingkirkan dari ingatan, mahu tidak mahu akan membuat kamu teringat kembali kepadanya. Misalnya lagu kenangan anda berdua disiarkan kembali dicorong radio, jangan sampai membuat kamu tergilakannya kembali dan berasa sedih meratapi nasib yang menimpa. Ia kerana, hal itu tidak kena pada tempatnya.
Si dia punya pengganti
Apabila mengetahui si dia sudah mempunyai pengganti, sememangnya wajar untuk kamu melahirkan perasaan cemburu. Perlu disedari, kamu terpaksa merasakan bahagia yang dicari telah lepas dari genggaman si dia dan sudah tiba masanya untuk kamu melakukan perkara yang sama.
Berhenti membandingkan
Sikap kamu yang suka membanding dengan teman lain sepatutnya disingkirkan. Jangan sesekali membandingkan sikap, perangai atau tingkah laku teman baru dengan bekas kekasih.
Hal ini terjadi apabila kamu belum bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama, kamu akan menggunakan pelbagai macam alasan.
Kehidupan berbeza
Kebiasaannya, kamu akan menghabiskan cuti hujung minggu bersama, tetapi kini anda terpaksa keseorangan. Bagaimana saya dapat menjalani hari tersebut tanpa seseorang di sisi? Sebenarnya perasaan cemas tersebut akan hilang dengan sendirinya. Kamu harus menyedari bahawa sememangnya sudah ditakdirkan kamu hidup bersendirian dan harus menikmati hujung minggu dengan sebaik-baiknya.
Cara terbaik melupakan si dia:
* Ingat hal-hal yang buruk tentang dirinya
Pada umumnya, wanita cenderung mengingati setiap perkara yang dilakukan bekas kekasihnya. Untuk melupakannya, kamu harus mengingati setiap perkara buruk yang ada pada dirinya.
Misalnya, dia seringkali mengutuk diri kamu, membandingkan penampilan kamu dengan rakan-rakan, mengeluarkan suara yang tinggi atau tiada ketepatan masa.
* Rakan pendengar setia
Walaupun pelbagai langkah telah dilakukan untuk melupakan dirinya, namun ingatan terhadapnya sentiasa bermain difikiran. Luahkan masalah kamu itu kepada rakan-rakan yang boleh dipercayai dan jangan sesekali menyimpannya di dalam hati. Takut nanti anda pula yang merana. Dengan cara sebegitu, ia sedikit sebanyak dapat menghilangkan kehadiran si dia dari fikiran kamu.
* Cipta fantasi
Kita selalu memikirkan bahawa perpisahan itu tidak akan berlaku sekiranya pasangan memahami hati budi dan bertolak ansur. Masalahnya kini, kamu sudahpun memutuskan hubungan cinta dan tiada gunanya lagi untuk berbicara tentang diri si dia. Lebih baik kamu mencari pengganti dan ceritakan hal ini kepada teman-teman lain. Siapa tahu mereka mungkin mempunyai kenalan yang mirip seperti yang kamu gambarkan?

Perasaan Tak Menentu...
sukar untuk aku luahkan perasaan aku ketika ini..saat ini..
serabut..sakit kepala..
aku tak mahu mengharap lagi..
jika benar dia yang terbaik untuk aku..
permudahkan la segalanya..
Thursday, September 13, 2012
Friday, August 17, 2012
First Time Beraya Diperantauan
Tahun nie buat pertama kalinya dlm hidup aku yg penuh lara nie aku beraya diperantauan...perantauan lah sgt...penang je pun bukannya sydney ke...venice
ke.hehe..mlm raya klau x dak apa2 hal insyaallah aku blk kg sat...aku beraya kt penang sampai raya ketiga tahun nie.Raya tahun nie bagi aku x dak yang istimewa cuma berjauhan dgn family,erm nk buat mcm mna kna bekerja di hari raya.
Orang lain sibuk dok shopping beli baju raya,aku x beli pon baju raya,sbb baju raya aku 2 tahun lpas masih elok lagi...ermm tahun nie jgk la aku beraya seorang diri,sbb aku x dak teman hidup.3 tahun aku hidup tanpa teman hidup,mungkin x dak jodoh lagi.aku redha semua ketentuanNya.
Dikesempatan ini saya Ku Basri Ku Halim,menyusun 10 jari memohon seribu kemaafan jika ada terkasar bahasa ataupun tersinggung
perasaan harap,dimaafkan...Akhir kata dari saya.Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
Saturday, July 28, 2012
Fitrah Manusia
Fitrah manusia ialah sentiasa mencari kebaikan. Mahu menuju ke arah kebaikan.
Itulah sebabnya kita lihat ada keinsafan yang terbit dalam jiwa manusia
yang normal, mahu bertaubat. Kita juga lihat fitrah manusia mencari
TuhanNya, iaitu jika dipandu baik, akan membawa kepada fikrah islam.
Maka bila orang berkata, di peringkat remaja ada masanya kita rebellious, melawan ibubapa, terkeliru dengan personaliti diri dan membuat jahat adalah sesuatu yang normal, saya terfikir; benarkah itu normal?
Haruskah kita keliru dengan diri sendiri sedangkan kita sudah mempunyai al-Quran dan As-Sunnah yang lengkap sebagai panduan?
Adakah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W juga menghadapi saat-saat sukar seperti itu?
Bagaimana pula dengan kisah pemuda kahfi?
Ataupun kematangan Saidina Ali?
Mahupun Sultan Muhammad Al-Fateh yang menakluk Constantinople pada usia yang maÃz remaja?
Saya terfikir, teori psikologi remaja itu seperti tidak releven. Malah, saya juga merasakan seperti saya tidak pernah melalui peringkat itu. Sebenarnya semua teori itu hanya berlaku pada generasi yang lemah, yang tidak tahu tujuan kehidupannya di dunia ini. Mereka tidak sedar bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT dengan tugas yang penting, lalu mereka dibesarkan tanpa pengetahuan itu dan akhirnya leka di dalam kehidupan dunia.
Saya pernah terbaca satu artikel tulisan seorang warga Amerika menyatakan bahawa kanak-kanak kita sejak kecil lagi dibebankan dengan isu-isu dunia yang berat seperti kemiskinan dan peperangan di negara lain. Lalu saya terfikir, benarkah mereka terbeban? Benarkah mereka terlalu muda untuk itu? Jadi apakah masa yang sesuai untuk mendedahkan mereka kepada realiti di sekeliling mereka dan tanggungjawab mereka? Kemudian, pada masa yang sama, kanak-kanak di Kemboja, Palestin dan beberapa negara yang tidak aman juga mengangkat senjata.
Ini menjadikan saya agak keliru pula dengan faktor usia dan kematangan ini. Maklumlah, kini saya sendiri dikelilingi orang-orang dewasa yang berkelakuan seperti budak-budak. Malah dulu juga saya seperti itu. Dunia juga telah melatih kita untuk menjadi bodoh dan kekal menjadi kanak-kanak. Masakan tidak? Kita sering dimomokkan dengan kartun-kartun, komik, teddybear yang comel, cerita superhero, dan games yang tidak logik. Memang benar, sedikit sebanyak ia telah mengganggu psikologi kita.
Di saat saya tertanya-tanya, akhirnya seseorang memberikan jawapan yang saya nantikan. Seorang kakak pernah berkata, Allah SWT telah membahagikan manusia kepada beberapa peringkat umur. Di antara kayu ukurnya adalah umur kita mumayyiz dan akil baligh. Jadi sewaktu akil baligh, kita sudah sepatutnya tahu mana yang baik atau buruk, dan sudah berilmu untuk menjadi imam dalam solat. Bukan lagi seorang remaja yang masih khayal dan membazir masa dengan Naruto dan merempit di jalanan.
Bila sebut pasal fitrah juga, saya pelik dengan keterbalikan fitrah manusia kini. Manusia berlumba-lumba mahu menjadi jahat. Manusia kini berbangga menjadi manusia yang nakal, manusia yang jahat. Malah mereka malu untuk membuat kebaikan.
Katanya malu menjadi budak baik atau budak skema.
Dunia benar-benar sudah terbalik.
Manusia sepatutnya “adopt” fikrah islamiyah, tetapi jalan syaitan pula yang diikuti. Mungkinkah mereka sudah digoda syaitan dan iblis, lalu mengabaikan fitrahnya?
Bila manusia tidak mengikut fitrahnya, maka kehidupannya akan hancur dengan sendirinya…mampukah kita tunggu dan lihat sahaja?

Thursday, July 19, 2012
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan
Alhamdulillah, Ramadhan telah menyapa kehidupan kita. Ternyata kita
antara yang bertuah kerana dipilih Allah SWT untuk menjejakan kehidupan
kita di madrasah Ramadhan. Di sepanjang Ramadhan, Allah SWT tidak pernah
lupa menghidangkan kepada kita seribu satu kebaikan dalam pesta ibadah
terbesar buat kita meraih pahala berlipat kali ganda. Yang lupa hanyalah
kita, sebaik berakhir Ramadhan, kita lupa nilai tarbiyah yang dilalui
di sepanjang bulan mulia itu.
Manusia sering lupa dan memang pelupa dan pendosa. Betapa kita sering menyesali kesalahan yang telah kita kerjakan. Bahkan dalam sekelip mata kesalahan yang serupa segera kita ulangi. Kalau bukan kerana rahmat Allah SWT, terasa terlalu berat rasanya kewajiban untuk kita membersihkan jiwa dari pelbagai rawasib-rawasib (karat) dosa.
Jalan kehidupan ini banyak likunya, tajam selekohnya, panjang dan melelahkan. Terkadang kita dihenyak kelalaian sehingga beban dosa menghimpit jiwa, lantas kita berselingkuh dengan dosa-dosa sehingga kehidupan umpama berjalan dalam gelap gelita, sedangkan suis cahaya ada di hadapan mata. Debu dosa menutup pintu hati untuk melihat kebenaran. Al Quran yang di baca hambar rasa di jiwa. Tiada rintihan pada jiwa untuk terbangun dari kelekaan. Hati sudah hilang sensitifnya pada dosa. Lalu kata Iman al Ghazali, sekiranya hatimu sudah tidak berfungsi lagi, maka pohonlah pada Allah akan hati yang baru!
Sungguh mustahil manusia akan selamat apabila dia berjalan di lorong-lorong kehidupan ini tanpa bimbingan, panduan, arahan dan melewati terminal-terminal pembaikan jiwa untuk membersihkan hati, mengubati luka-lukanya dan meluruskan kembali arah hidupnya yang barangkali sudah jauh menyimpang.
Apakah masih ada harapan untuk kita kembali kepada fitrah asal kita sebagai hamba Allah SWT.? Sesungguhnya Allah kaya dengan rahmat dan kasih sayang-Nya. Lalu Allah mengatur keperluan hamba-Nya untuk melalui terminal-terminal istimewa agar kita kembali kepada fitrah. Antaranya solat sehari lima waktu merupakan terminal terhebat untuk mengembalikan kita kembali kepada fitrahnya, memperhambakan dirinya kepada Allah. Tidak cukup dengan itu, Allah anugerahkan keberkahan bulan Ramadhan, terminal 30 hari melalui proses perawatan jiwa. Tidak hairanlah apabila Ramadhan dikenali sebagai bulan syahrut Tarbiyah.
Subnallah, Ramadhan adalah bulan pentarbiahan hati. Bulan umat meraih kembali kepercayaan dari Allah SWT untuk melayakkan kita menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Kembali kepada fitrah asal, bersih dari noda dan kelumat dosa. Ramadhan menjadi terminal terbaik buat kita membersihkan diri, mengevalusi kembali arah jalan kehidupan kita dan mengubat luka-luka pada jiwa akibat titik-titik hitam dosa.
Dari Abu Hurairah RA bahawanya Rasulullah SAW bersabda:
“Antara solat fardhu ke solat fardhu yang lain, antara Jumaat ke Jumaat yang lain dan antara Ramadhan ke Ramadhan yang lain merupakan penghapus dosa-dosa apabila ditinggalkan dosa-dosa besar.” (HR Muslim)
“Barang siapa yang shaum (puasa) pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharap redha Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Semoga kita mulai Ramadhan pada kali ini dengan “mindset” yang betul dan benar, iaitu meraih redha Allah dan mengharap keampunan, maghfirah dan pembebasan dari azab api neraka.
Janganlah pernah penat berharap kepada Allah SWT. Ayuh kita meraih limpahan rahmat dari Allah SWT di sepanjang Ramadhan ini kerana terminal Ramadhan termuat dengan janji kepada kita untuk kembali kepada “dunia baru” kehidupan, Rasulullah SAW ada bersabda:
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;
1.Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.

2.Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
3.Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam.
4.Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”.
5.Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir RA)
Ya Allah! Semoga Ramadhan pada kali ini benar-benar mengesan pada jiwa ini, menghidupkan iman kembali, agar dengan iman aku kembali kepada fitrah asal, menjadi hamba Allah SWT yang sebenar-benarnya.
Pengalaman Mendewasakan Kita Dan Pengalaman Mengajar Kita Erti Kehidupan Sebenar
WALAUPUN SENANG UNTUK DIUNGKAPKAN,
sepatutnya, kita sekarang perlu belajar dari kesilapan lalu, belajar dengan pengalaman yang lampau demi memastikan kita terus bergerak ke hadapan kerana musuh sentiasa perhatikan kita. Tidak kiralah sesama kita mahupun penjajah-penjajah lampau. Langkah tetap perlu diteruskan tidak kiralah kita ini lumpuh atau sebagainya. Kerana kehidupan itu satu anugerah yang diberikan Ilahi kepada kita.

BAK KATA SEORANG BLOGGER YANG PENAH AKU BACA.
Pengalaman adalah guru yang paling sempurna mungkin itu adalah ungkapan yang sesuai buat sebuah pengalaman. kita tidak tahu akan rasa masin kalau kita tidak makan garam, kita tidak bisa merasakan rasa manis kalau kita tidak merasakan gula. kita tidak bisa merasakan kasarnya tanah kalau kita tidak menyentuhnya. jadi pengalaman - pengalaman kita merasakan, menyentuh dan lain nya adalah guru yang sempurna.

SO,
aku akan belajar dari situ. belajar dari pengalaman. aku dah dewasa.
aku perlu pikir tok masa depan. kita hidup di dunia ni hanya sementara.
aku akan cari yang terbaik buat diri aku. aku tak akan persia sia kan
peluang yang baik datang di depan mata. peluang yang sama mungkin susah
untuk kita dapat kembali. hargailah dengan yang apa kita ada. memang
manusia ni tidak akan puas dengan apa yang dia ada. tapi kita perlu
hargai apa yang ada di depan mata. kalau ia pergi? apa yang kita dapat.
kita perlu mencari kembali. jangan membuang masa. buat lah pengalaman
dulu sebagai pengajaran di masa hadapan. kita perlu ada sifat terbuka
untuk semua ini. kita tidak boleh menghukum semuanya. apa yang terbaik
ada hadapan kita. memang aku sekarang dah lari pada topik yang aku
sentuh. tapi, ni lah asam garam dunia. pucuk pangkatnya DARI HATI.
Bukan Mudah Nak Puaskan Hati Semua Orang
Assalamualaikum....
Bukan
mudah untuk puaskan hati semua orang disekeliling...ada sapa-sapa yang setuju? atau
nak bantah?huhu..tak de la..nie bagi aku la..bukan mudah nak puaskan
hati semua orang...especially kalau kita dalam sesuatu jawatan tu and
terpaksa buat sesuatu keputusan...kadang-kadang kita tersepit dalam nak
wat satu keputusan tu...lagi teruk bila ramai yang kurang bersetuju and
bercanggah dengan pendapat orang lain..argghh..mesti rasa nak bunuh diri
je kan time tu..nak wat keputusan ni takut orang tu marah and tak
suka...kalau nak wat keputusan itu pulak takut orang lain pulak
marah..kadang-kadang tu kita yang rasa tension and serba salah
kan...kalau boleh kita cuba nak puaskan hati semua orang...tapi
kadang-kadang kita sendiri tak mampu sebab bukan senang nak puaskan hati
orang...setiap orang lain ada pendiriannya, lain caranya...tak semua boleh
terima dengan sesuatu keputusan itu walaupon ia baik..kan2!!
Sunday, July 8, 2012
Warkah Buat Bakal Isteriku....
Buat bakal isteriku,
Apa khabar dirimu saat ini,dan apa juga khabar imanmu hari ini?Adakah harimu dimulakan dengan syukur pada Tuhan kerana masih memanjangkan umurmu,masih diberi peluang untuk menatap fananya hidup ini?Apakah masih segar wudhu yang membasahi tubuhmu?Mudah-mudahan ia mampu menyegarkan kembali iman yang mungkin lesu serta membugarkan ingatanmu kepada janji kepada Yang Satu.Amanah agama ini yang berada digenggamanmu.
Bakal isteriku,
Sungguh aku tidak tahu dimanakah kamu saat dan ketika ini.Tetapi aku tahu, walau dimana sahaja kamu berada,kasih dan rahmat Tuhan pasti bersamamu sebagaimana ia mencintaiku saat dan ketika ini.Aku yakin ketika ini Dia sedang melatih kamu untuk menjadi mujahidah agar dapat bersama aku di saff perjuangan ini.Sama seperti mana Dia sedang melatihku kini.Jauh di hujung sana,aku pasti kamu pasti sedang menungguku untuk dijadikan mujahid di sisi agar kau punya rasa bangga tika memilikiku kelak.

Hanya kesalihan yang aku harapkan daripadamu dan moga-moga itu juga yang menjadi dambaanmu daripadaku.Kerana jika ketampanan yang kau cari, maka ketahuilah kesia-siaan yang akan kau dapatkan.Aku masih mentah dan baru dalam perjalanan ilmu pengetahuan,tetapi aku mengharapkan dengan ilmuku yang sedikit ini,aku mampu menjadi mujahid setia dalam menggapai redha Tuhan.

Wahai bakal isteriku,
Aku masih dibawah asuhan ibu dan bapaku.Tidaklah aku mengharapkan yang lain selain daripada aku menjadi tabungan keduanya diakhirat kelak.Dan aku tahu begitu juga halnya denganmu wahai bakal isteriku.Cuma aku mengharapkan kamu menjadi isteri yang soleh agar cukup dapat menjadi bidadari pendampingku di syurga kelak,insya Allah.

Aku ini punya cemburu yang kuat.Tetapi jika Allah dan Rasul lebih kau rindui, maka aku redha,dan aku mengharapkan yang sama daripadamu.Meskipun kau bukanlah yang aku harapkan,tetapi ketahuilah bahawa engkaulah yang aku dambakkan.

Jika kelak Allah mentakdirkan kita mempunyai mujadid-mujahid comel,aku pohon agar engkau dapat bersamaku mendidiknya.Dengan didikan al-Quran untuknya mengenal Tuhan.Bantu aku dalam menanamkan bibit kecintaan kepada Allah dalam diri generasi harapan kita nanti.

Kepada bakal isteriku,
Ketahuilah bunga hanya akan mekar apabila tiba waktunya dan kumbang akan datang menghinggap tika mana bunga sedang berkembang mekar di taman. Maka aku mengharapkan sebelum tibanya masa itu,bunga akan terus dibaja, kumbang terus berterbangan bertasbih memuji kebesaran Tuhan.Aku kini sedang bersiap untuk menjadi lebih baik walaupun bukan yang terbaik, setidak-tidaknya terbaik buat dirimu kelak.

Inilah harapan yang mampu kuukirkan dalam sekilas kata,walau kata orang tidak semua yang dirasa mampu diluahkan dengan kata-kata.Inilah yang sedang kuhadapi.Moga kelak disaat kita bersama, itulah saat aku belajar memahami dirimu,sama halnya dengan engkau yang belajar memahami diriku.

Moga kita bersabar dalam
menanti takdir Tuhan.Walau dimana kini engkau berada,ketahuilah
engkau akan sentiasa berada dalam munajatku pada Tuhan. Moga engkau
terus bersabar dalam menanti jemputan untuk menjadi bidadariku.Insya
Allah
Jumpa nanti ^_^
Saturday, July 7, 2012
My Future Wife
Dear my future wife(s)
I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day,bila kita dah berjumpa nanti,saya harap awak mampu terima saya seadanya seperti mana saya akan terima awak dan diri awak sebenarnya.Lagi pun,saya tahu yang awak nie memang seorang baik hati,lemah lembut dan penyayang.

Saya tak tahu pasal masa depan saya.Saya tak tahu berapa banyak duit yang saya akan
ada.So,dengan kata lain,saya mungkin tak mampu nak penuhi segala permintaan awak.Saya juga mungkin tak mampu nak bagi awak emas intan
berlian.Harap awak tak kisah dengan diri saya yang tak beharta nie.
Bila kita ada rumah sendiri nanti,saya tak kisah kalau awak nak bekerja.Tapi lagi
bagus kalau awak duduk je rumah jaga saya.Saya bukan mintak di layan bagai
raja.Tapi kalau saya balik dari kerja tu,apa salahnya tanggalkan stokin saya,urut bahu saya,sediakan makan-minum saya,tue pon dah cukup.
Awak,saya harap awak seorang isteri yang pandai masak.Saya bukan mintak awak masak macam makanan dekat hotel tue.Asalkan awak pandai masak yang simple-simple pun jadi la.Awak tahu,air tangan masakan
isteri lah yang buat si suami setia.Lagi pun,tak kan setiap hari kita
nak makan dekat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran,baik saya
kahwin je dengan mak cik tukang masak tue.
Saya harap awak pandai jaga diri sebelum jumpa saya.Kalau boleh,jangan couple
banyak-banyak sgt.Tak pernah couple lagi bagus.Tapi kalau dah couple tue,jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend awak.Bila dating tue,
jangan nak mengada-ngada keluar berdua.Boyfriend awak tue bukan boleh
percaya sangat.Kebanyakkanya adalah mulut buaya.Sebab kalau dah lelaki,
mesti bermulut manis.Boys,their mouth is bullshit.So,don't trust
them.
Akhir kata dari saya,bila kita kahwin nanti,awak masak,saya makan.Saya imam,awak makmum.Saya baca doa,awak aminkan.Awak merajuk,saya pujuk. Perfect,kan? So cepat lah cari saya.Saya takut lah nak cari 'awak'.Takut tersalah pilih perempuan lain.

Saturday, June 23, 2012
Sabarlah Wahai Hati
Sabarlah duhai hati…
Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.
Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.
Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.
Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.
Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.
Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.
Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.
Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.
Ujian datang dalam pelbagai cara.
Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.
Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.
Jika hatimu goyah dan meragui kasih
sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa
nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.
Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.
Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.
Dari ujian itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.
Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?
Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.
Tidak ramai yang mahu mengeluarkan
keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang
bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.
Maka sabarlah duhai hati.
Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,
maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.
Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,
akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.
Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.
Maka sabarlah duhai hati.
Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.
Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.
Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.
Wednesday, May 30, 2012
Persahabatan
'
Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.
Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.
Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.
Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.
Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.
Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.
Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

Subscribe to:
Posts (Atom)