Seribu persoalan menerpa jiwa. Satu demi satu tidak meleraikan kekusutan. Semakin difikirkan semakin memberi runsing. Kenangan terus datang silih berganti mengharapkan sesuatu yang tidak pasti terjadi.
Jauh di sudut hati menangisi takdir Ilahi. Takdir ilahi yang terjadi atas perancangan rapi. Namun perancangan yang bukannya jelas untuk direstui ilahi. Tetapi penuh dengan pelbagai wadah maksiat. Semakin sukar setiap langkah ke hadapan.
Kenangan itu terus mencengkam jiwa. Sesekali tertanya-tanya mungkinkah ia menjadi realiti. Sejauh mana takdir Ilahi memberi ruang untuk ia terjadi? Adakah mungkin ia menjadi realiti. Sekali lagi?
Justeru kenangan itu terus menerus ditangisi. Sehinggalah ilham yang dicari-cari memberi kompas untuk kembali kepada jalan yang lurus. Ketahuilah bahawa takdir Ilahi menguasai. Ketahuilah bahawa DIAlah sebaik-baik perancang.
Ketahuilah bahawa perancang yang terbaik adalah Allah. DIA merancang segala yang baik untuk hamba-hambaNya yang baik. Jika musibah menimpamu dan kenangan itu lenyap membawa diri, maka ketahuilah saat itu bukan itulah yang terbaik Allah mahukan untukmu.
Maka biarkan kenangan itu berlalu pergi.
Dengan meyakini Allah merancang sesuatu.
Yang lebih baik.
Dengan meyakini Allah merancang sesuatu.
Yang lebih baik.
Lalu saat ini hati kembali berpadu dengan firman Ilahi.
”Apakah kamu tidak mengetahui bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa saja yang ada di langit dan di bumi? Bahwasanya yang demikaan itu terdapat dalam sebuah kitab (Lauh Mahfudz). Sesungguhnya yang demikian itu amat mudah bagi Allah.”
(Al-Hajj: 70)
Dalam Shahih Muslim dari Abdullah bin Amr bin Ash radhiallahu’anhuma berkata,
”Saya mendengar Rasulullah bersabda, ‘Allah telah menulis ketentuan seluruh makhluk sebelum menciptakan langit dan bumi selang waktu lima puluh ribu tahun.”
(HR. Muslim)
Hanya janji Allah yang pasti terjadi.
1 comment:
Assalamualaikum
Post a Comment