Sah Vedran Gerc Pemain Import Baru Kedah
ALOR
SETAR, 15 April (Bernama) — Kedah memilih Vedran Gerc dari Croatia
sebagai pemain import barunya bagi memperkuatkan jentera serangan
pasukan itu yang semakin tumpul dalam saingan Liga Malaysia.
Gerc, 26, menggantikan pemain Ghana, Hamidan Mohammed yang disingkir
selepas gagal memberi persembahan memuaskan termasuk ketika kalah 0-2
kepada Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini Jumaat lepas.
Gerc akan bergandingan dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian
serangan pada aksi menentang Sarawak dalam saingan Liga Super di Stadium
Negeri, Kuching malam Selasa.
Pengurus Pasukan Datuk Khazali
Din yang mengesahkan pengambilan pemain import baru itu, berkata pemain
terbabit menandatangani kontrak selama setahun bersama Persatuan Bola
Sepak Kedah (KFA) dua hari lalu.
No comments:
Post a Comment