Monday, November 21, 2011

Malaysia Menang Pingat Emas Bola Sepak Sukan Sea 2011





Keputusan Semasa Perlawanan Akhir Bola Sepak Sukan Sea 2011

21 Novenber 2011

Stadium Gelora Bung Karno

Full Time

PERLAWANAN BERLANJUTAN KE MASA TAMBAHAN

Second half extra time

Malaysia Vs Indonesia

1:1

asrarudin putra min 33 - gunawan min 5

Penalti

4-3

MALAYSIA JUARA!!!PENENTUAN PENALTI..KHAIRUL FAHMI CEMERLANG!!

MALAYSIA MENANG PINGAT EMAS BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

PASUKAN Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas selepas menang ke atas Indonesia 4-3 melalui sepakan penalti pada saingan akhir acara bola sepak Sukan Sea Ke-26 di Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi.

Perlawanan yang penuh mendebarkan dengan Indonesia mendahului dengan jaringan awal Gunawan Dwi Cahyo sebelum pemain Malaysia kembali menyamakan kedudukan melalui tandukan Mohd Asraruddin Putra Omar. Perlawanan separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-1.

Separuh masa kedua menyaksikan 2 jaringan gol tidak di kira oleh pengadil,  apabila gol jaringan pemain Indonesia di kira off side. Begitu juga gol jaringan pemain Malaysia di kira off side tidak lama selepas itu.

Setelah tambahan masa selama 30 minit perlawanan berakhir dengan kedudukan seri 1-1 dan sepakan penalti sebagai penentu. Khairul Fahmi selaku penjaga gol satu ketika berjaya menyelamatkan satu sepakan penalti pemain Indonesia.

Dan akhirnya wira negara, kapten pasukan Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar melakukan sepakan terakhir Malaysia, tetapi berjaya di tampan penjaga gol Indonesia sebelum bola tersebut muntah ke gawang gol Indonesia untuk gol kemenangan Malaysia.
 
Lawan Tetap Lawan!!!

Monday, November 7, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam Aidil Adha buat semua rakan2 pembaca yg mengikuti bl0g ini...
Sem0ga ibadah k0rban diterima oleh Allah s.w.t.


Sunday, October 23, 2011

Marco Simoncelli Maut Dalam Kemalangan Di Litar Sepang

Marco Simoncelli

Pada petang tadi, perlumbaan Grand Prix 1 Sepang dibatalkan setelah berlangsung kira-kira 2 lap pada pukul 4 petang berikutan kematian seorang pelumba dari Itali yang berusia 24 tahun, Marco Simoncelli apabila beliau tiba2 terjatuh lalu berlanggar pelumba Yamaha, Collin Edward disusuli dengan pelumba Itali, Valentino Rossi di selekoh ke-11.

Walaubagaimanapun, Edward dan Valentino Rossi terselamat dari kemalangan maut tersebut. Saksikan rakaman video detik-detik perlanggaran tersebut. Dari rakaman tersebut, helmet Marco Somoncelli kelihatan pecah dan mangsa terbaring kaku di litar selepas pelanggaran, sambil Edward juga terjatuh sama namun begitu Rossi berjaya mengawal motornya.


Walaubagaimanapun ada insiden yang dikesali iaitu, ada segelintir penonton melempar kotak dan botol air  tanda protes perlumbaan dibatalkan. Mungkin mereka tidak menyedari ada insiden kemalangan yang mengakibatkan kematian. Apapun, tragis ini amatla mendukacitakan, kerana Marco Simoncelli adalah prospek besar dalam pembikinan seorang juara GP1.

Monday, October 3, 2011

30 September....

Assalamualaikum semua blogger2,harap shat2 dan ceria2 selalu....dah lama aku x usik blog nie bkn apa aku bz skit ngn kje.30 September merupakan hari terakhir aku kje kt Marrybrown Shahab Perdana....dah hampir 2 thun aku kje situ....aku berhenti sbb aku dah dpt tawaran kje kt Penang....aku start kje 21 Oktober.Sementara nk tggu msk kje aku tlong mak aku cat umh drpada dok sja bleh gak duit he3.Cti2 nie la aku nk habiskan masa aku ngn keluarga aku dan kwn2 baik aku terutama skali Kelab Kedah Lc Crew....lpas nie mungkin aku dah jrang lpak ngn ampa semua,tggu cti la bwu leh lepak....ampa semua la kwn2 aku dunia akhirat.Kepada kwn2 aku yg akan pergi konvoi ke Sepang....aku harap selamat pergi dan selamat pulang....bawa moto 2 elok2  peace....^_^


Saturday, September 3, 2011

1 Syawal Ditempat Kerja

Bismillahirrahmanirrahim...

1 Syawal 1432H....Apa la nasib aku nie..orang lain beraya ngn keluarga,saudara mara...aku kena kja di hari raya....wakaka..padan muka aku kan....dah la tue dpt cuti pon raya ke-4....hampeh bt0i....aku x ksah sgt klau kna kja hari raya nie,tpi agak2 la nk bg cuti pon....klau stakat raya ke-2,3 aku bleh terima lg,dah la aku tgh demam truk nie....dah 2 hari aku x p kja....aku mnta maaf banyk2 kpada kwn2 aku sbb x dpt nk p raya umh ampa semua n0,bkn aku x maw p raya....aku x larat sgt sbb demam sama,tue pon gagah gak p raya 2,3 buah umh.Dikesempatan ini,sya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin kepada semua bl0gger2,dan kepada yg mengenali diri ini.... ^_^
 
 

Wednesday, August 17, 2011

Marlon Minat Kedah



MARLON Alex James serta beberapa pemain pertahanan dijangka tiba di Alor Setar pada pertengahan Oktober ini bagi mencuba nasib beraksi untuk Kedah mengharungi musim 2012.

Marlon bukanlah asing kepada ribuan peminat pasukan Hijau Kuning kerana dia berjaya membantu Kedah meraih tiga kejuaraan selama dua musim berturut-turut.

Malah dia juga berjaya memenangi kasut emas Liga Super 2007 dan gol pada dua final Piala Malaysia pasti masih segar dalam ingatan peminat setia Kedah.

Bagi memastikan Kedah dapat mengatasi masalah di bahagian serangan, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengambil keputusan mendapatkan khidmat Marlon semula bersama seorang lagi pemain pertahanan.

Pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din selepas berbincang dengan ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan berkata, mereka mengambil keputusan untuk mendapatkan semula khidmat Marlon sebagai penyerang utama serta seorang pemain pertahanan. “Saya sudah menyampaikan hasrat mendapatkan dua pemain import bagi musim 2012 kepada KFA dan mereka bersetuju dengan cadangan saya dan Wan Jamak bagi mendapatkan khidmat Marlon dan juga pemain pertahanan.

“Walaupun dia sudah membuktikan kewibawaannya ketika bersama kita, dia perlu juga menjalani ujian sebelum sebarang keputusan diambil sama ada akan bersama Kedah atau sebaliknya.


“Kami juga sudah menjemput beberapa pemain dari Republik Czech untuk mencuba nasib kerana mereka mempunyai pemain berbadan tegap dan lebih keras berbanding pemain Eropah,” katanya.




Friday, August 12, 2011

Baddrol Bakhtiar to join Wigan?


Wigan have made a surprising trial offer for Baddrol bin Bakhtiar. The Malaysian international currently plays for Kedah FA. The player has excelled in recent years in the Malaysian Premier League, and will earn a trial period at the Latics.

According to sources in Malaysia, Bakhtiar is very highly regarded in his homeland. The winger, who can also play up front, is known for his blistering pace and dribbling abilities.

Bakhtiar has already spent some time in England, he spent a period with Chelsea at Stamford Bridge for two weeks so is already familiar with the standard of football required in the Premier League.

It is understood that Bakhtiar is being considered by Wigan as they consider merchandising opportunities in Malaysia, a market with huge growth potential for the Premier League brand.