20/4/2012 genap 6 bulan aku kje dkat Jusco Queensbay Penang...dan merupakan hari last aku kje kt situ sbb contract aku tidak disambung oleh majikan.Aku x taw apa salah aku...mungkin ini yg dikatakan lumrah kehidupan seorang insan...nmpk gayanya lpas nie aku kena cari hala tuju baru,ermm...nasib badan,redha dgn ketentuannya.
Thursday, April 12, 2012
Saturday, March 17, 2012
Pemain Import Kedah
KELIBAT Abdelfatah Safi mungkin masih belum dikenali ramai peminat Liga Super, namun kelincahannya ketika beraksi memikat hati penyokong Skuad Kenari yang kian menjadi sebutan tambahan pula kepintarannya di barisan tengah jelas mempunyai kesan berbeza.
Adunan pemain tempatan dan import yang dipilih Ketua Jurulatihnya, Wan Jamak Wan Hassan seperti membuahkan hasil apabila Abdelfatah tidak perlu menunggu lama untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan Hijau Kuning kerana sudah menjaringkan dua gol setakat ini.
Khidmat awang import baru Skuad Kenari itu pastinya ditagih oleh pasukan dan juga penyokong selepas dua pemain Brazil iaitu Danilo Rafael Dos Santos Vivaldo (Danilo) dan Daniel Soares Neves (Baroni) dikatakan gagal mempersembahkan aksi diharapkan.
Namun, tidak adil jika pengkritik sukan ataupun penyokong membandingkan ayam tambatan baru negeri jelapang padi ini dengan dua pemain import yang terdahulu iaitu Marlon Alex James mahupun Nelson Sam Martin kerana masih terlalu awal untuk menilai.
Bagi Abdelfatah, 30, dia tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang digunakan oleh Skuad Kenari kerana jurulatih dan rakan sepasukan banyak membantunya.
“Di samping itu, setiap kali berlatih, saya akan memberi fokus yang tinggi bagi membolehkan saya belajar dengan cepat rentak permainan di sini, sekali gus dapat membantu rakan sepasukan lain untuk mempersembahkan aksi cemerlang.
“Pada mulanya, memang diakui agak kekok bermain dalam suasana baru dengan tempo permainan yang berbeza jika dibanding dengan kelab lama namun sebagai pemain profesional, kita perlu cepat untuk mengadaptasi keadaan dan menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.
Abdelfatah berkata, dalam setiap permainan, dia akan cuba mempertingkatkan aksinya dan mempersembahkan yang terbaik untuk pasukan dan peminat kerana mengetahui bahawa pasukan Hijau Kuning mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Dia yang juga rakyat Perancis berdarah Maghribi itu menambah bahawa pengalamannya bermain dengan kelab di beberapa negara sebelum ini antaranya Arab Saudi, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu banyak membantunya dalam menyesuaikan diri.
Menurutnya, dia tidak begitu mengharapkan pencapaian peribadi sebaliknya yang lebih utama adalah sumbangannya dapat memberi kesan kepada mutu permainan pasukan sekali gus dapat mencipta kemenangan.
Sunday, February 12, 2012
Serabut Dgn Masalah Yang Berlaku
Bulan nie saja mcm2 masalah yg berlaku dkat aku...moto kesayangan aku kena masuk wad kecemasan sbab disyaki mengalami gegaran otak ha3...kena wat operation dgn segera...doktor kta kos pembedahan moto aku 1k.Mampus aku nk kena cari duit...nsib bek la mak aku bgi pnjam duit dlu...klau x,pkat x dak dah la moto aku 2.Bulan depan plk nk kena byar duit insuran plk adehhh duit lagi...nsib badan...tgk kt bawah pic pembedahan moto aku...kesian aku tgk... :P
Saturday, January 14, 2012
15 Januari 2012 Genap Sudah Umur Aku 22 Tahun
Alhamdulillah,di tarikh ini genap sudah umur aku sebanyak 22 tahun.Tiada apa yg aku harapkan selain satu doa.Terima kasih kepada semua kawan-kawan yg wish dekat fb,sampai tak larat nak ucapkan terima kasih...hihi apa2 pun terima kasih kerana wish birthday dekat aku....orang first yang wish my birthday dekat aku ialah,orang yg aku sayang...erm skrg dah jdi milik orang lain...aku redha...walaupun tiada hadiah,tapi aku dapat hadiah yang sangat2 mengembirakan pada hari lahir aku...anyway,thanks kepada semua yang wish dan semua yang hadir dalam hidup aku.Korang semua kesayangan aku.Semoga umur 22 tahun ni akan buat aku gembira. Amin :)
Saturday, January 7, 2012
Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012 Menewaskan Kelantan 2-1
Negeri Sembilan mencipta sejarah apabila muncul Juara Piala Sumbangsih 2012 selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam aksi menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Pemain Import,Jean Emmananuel Effa Owona muncul wira skuad Rusa apabila menjaringkan kedua-dua gol Negeri Sembilan.
Sebelum itu,Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan skuad Kijang 1-0 di depan pada minit ke-20 namun Owona menyamakan kedudukan pada minit ke-31 dan memastikan kemenangan buat Juara Piala Malaysia 2011 menerusi tandukan di minit ke-63.
SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK2 DIDIK COACH MOHD AZRAAI KHOR ABDULLAH!!
JUARA BARU PIALA SUMBANGSIH 2012
Friday, January 6, 2012
Kehidupan
"BEGINNING FOR A NEW LIFE" kehidupan kita di dunia ni seiring dengan roda2 yang beputar kadang2 kita di atas...dan kadang2 kita di bawah itulah kehidupan...segala pengalaman pahit manis yang aku tempuhi..banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar...persoalan mengenai pekerjaan,kisah cinta dan juga persahabatan...seringkali berlegar-legar dalam minda ku ini...Ya Allah aku mohon kuatkan hati hambamu ini dari cabaran dan dugaan dalam hidup ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)







