Bulan nie saja mcm2 masalah yg berlaku dkat aku...moto kesayangan aku kena masuk wad kecemasan sbab disyaki mengalami gegaran otak ha3...kena wat operation dgn segera...doktor kta kos pembedahan moto aku 1k.Mampus aku nk kena cari duit...nsib bek la mak aku bgi pnjam duit dlu...klau x,pkat x dak dah la moto aku 2.Bulan depan plk nk kena byar duit insuran plk adehhh duit lagi...nsib badan...tgk kt bawah pic pembedahan moto aku...kesian aku tgk... :P
Sunday, February 12, 2012
Saturday, January 14, 2012
15 Januari 2012 Genap Sudah Umur Aku 22 Tahun
Alhamdulillah,di tarikh ini genap sudah umur aku sebanyak 22 tahun.Tiada apa yg aku harapkan selain satu doa.Terima kasih kepada semua kawan-kawan yg wish dekat fb,sampai tak larat nak ucapkan terima kasih...hihi apa2 pun terima kasih kerana wish birthday dekat aku....orang first yang wish my birthday dekat aku ialah,orang yg aku sayang...erm skrg dah jdi milik orang lain...aku redha...walaupun tiada hadiah,tapi aku dapat hadiah yang sangat2 mengembirakan pada hari lahir aku...anyway,thanks kepada semua yang wish dan semua yang hadir dalam hidup aku.Korang semua kesayangan aku.Semoga umur 22 tahun ni akan buat aku gembira. Amin :)
Saturday, January 7, 2012
Negeri Sembilan Juara Piala Sumbangsih 2012 Menewaskan Kelantan 2-1
Negeri Sembilan mencipta sejarah apabila muncul Juara Piala Sumbangsih 2012 selepas menewaskan Kelantan 2-1 dalam aksi menarik di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.
Pemain Import,Jean Emmananuel Effa Owona muncul wira skuad Rusa apabila menjaringkan kedua-dua gol Negeri Sembilan.
Sebelum itu,Norshahrul Idlan Talaha terlebih dahulu meletakkan skuad Kijang 1-0 di depan pada minit ke-20 namun Owona menyamakan kedudukan pada minit ke-31 dan memastikan kemenangan buat Juara Piala Malaysia 2011 menerusi tandukan di minit ke-63.
SEKALUNG TAHNIAH BUAT ANAK2 DIDIK COACH MOHD AZRAAI KHOR ABDULLAH!!
JUARA BARU PIALA SUMBANGSIH 2012
Friday, January 6, 2012
Kehidupan
"BEGINNING FOR A NEW LIFE" kehidupan kita di dunia ni seiring dengan roda2 yang beputar kadang2 kita di atas...dan kadang2 kita di bawah itulah kehidupan...segala pengalaman pahit manis yang aku tempuhi..banyak mengajar aku erti kehidupan yang sebenar...persoalan mengenai pekerjaan,kisah cinta dan juga persahabatan...seringkali berlegar-legar dalam minda ku ini...Ya Allah aku mohon kuatkan hati hambamu ini dari cabaran dan dugaan dalam hidup ini...
Saturday, December 31, 2011
Selamat Tahun Baru 2012
Assalamualaikum dan Selamat pagi…
Sempena tahun baru, 2012,saya Ku Basri Ku Halim ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012,kepada rakan2 fb,twitter dan rakan2 blogger.. Semoga tahun 2012 lebih baik dari 2011.Jika ada salah dan silap,harap dimaafkan.
Saturday, December 10, 2011
Senarai Rasmi Pemain Kedah 2012
01.Mohd Helmi Eliza Elias [GK]
02.Abdul Hadi Abdul Hamid [GK]
03.Mohd Muhaimin Mohamad [GK]
04.Mohd Fauzi Nan
05.Veeran Thirumurugan
06.Khairul Helmi Johari
07.Mohd Fazliata Taib
08.Mohd Sabre Mat Abu
09.Azmizi Azmi
10.Basharul Abu Bakar
11.Mohd Sany Mat Isa
12.Danilo Vivaldo[ Import Brazil]
13.Amar Rohidan
14.See Kok Luen
15.Kamal Azira Abdul Manah
16.Daniel Soares Neves[Import Brazil]
17.Ahmad Basri
18.Mohd Khyril Muhymeen Zambri
19.Baddrol Bakhtiar
20.Fiqry Mat Isa
21.Abdul Latiff Suhaimi
22.Faizal Abu Bakar
PULUN KEDAH PULUN .......!!!
Sunday, December 4, 2011
Rambut sama hitam,Hati lain-lain
ehmmm..itula namanya manusia kan...kita rambut sama hitam, tapi hati lain-lain.Kita x boleh nak jangkakan apa yg manusia ni sanggup lakukan.Pokok pangkalnya memang pada hati n pada Niat.Kalau niat kita kerana ALLAH insyaALLAH perjalanannya lebih berkat.Tapi kalau kita utamakan nafsu,syaitan le pendokongnya...nauzubillah.
Kita selalu ingin menjadi yang terbaik,dan yang bagusnya berbuat baik.Tapi kekadang org suka mengambil kesempatan diatas kebaikan yg kita berikan dan selalunya bertindak melampaui batas.Sangat sedih bila benda macam ni terjadi...especially kalau di lakukan oleh orang-orang 'kepercayaan' ( walaupun x percaya 100% tapi merupakan orang harapan).....hahhahha.Banyak kali dah berdepan ngan menda-menda macam ni.Kalau darah daging sendiri pon sanggup menjadi gunting dalam lipatan ini kan pulak yg tiada pertalian darah kan????ehmm...Moga-moga ALLAH bukakan pintu hati untuk dia bertaubat.Moga ALLAH juga tabahkan hati org2 yang menghadapi dugaan seperti ini.
sesungguhnya kehidupan kita ini penuh ngan tandatanya.Kita hanya mampu membuat perancangan dan prediction (lupa lak apa bahasa melayunya),tapi sesungguhnya ALLAH itu telah tuliskan setiap inci perjalanan hidup kita...ermmmm,sungguh mendebarkan....
walaupun apa pun yang akan terjadi suatu hari nanti,hidup & mati kita...harapnya mendapat keredaan dan rahmat ALLAH.Moga-moga kita kita menjadi manusia yang HITAM RAMBUTNYA TAPI PUTIH BERSIH HATINYA..insyaALLAH.

Subscribe to:
Posts (Atom)