Monday, April 25, 2011

Perjumpaan Besar-Besaran TTS (KEDAH LC CREW)

PERHATIAN KEPADA SEMUA RIDER KEDAH LC CREW BARU @ LAMA..PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN AKAN DIADAKAN/TTS PADA:

MASA : 4 PM
TARIKH: 14 MEI 2011 (SABTU)
TEMPAT: STADIUM MINI PENDANG (KOLAM MADA)

KEHADIRAN ANDA DIWAJIBKAN!!

CHECK POINTS...

-DARI KULIM/SUNGAI PETANI bergerak ke STADIUM PENDANG
-DARI ALOR STAR/KUALA NERANG bergerak ke STADIUM PENDANG
-LAIN2 TEMPAT ANDA BOLEH BERHUBUNG DENGAN RAKAN2 YG BERDEKATAN UNTUK MEMUDAHKAN PERGERAKAN ANDA KE DESTINASI..

PENTING!!

ANDA DIKEHENDAKI MENYEDIAKAN...

1. Salinan IC
2. Sekeping gambar berukuran passport
3. Sticker KLC RM6 sekeping (HANYA YG MENGISI
BORANG SAHAJA WAJIB MEMBAYAR)

PERKARA YG AKAN DIBINCANGKAN:

1. YURAN KLC SETIAP BULAN
2. JADUAL EVENT
3. ISI BORANG KEAHLIAN

4:00PM: KETIBAAN RIDER2
4:30PM: KEDATANGAN DI AMBIL
5:00PM: PERKARA DI ATAS DIBINCANGKAN
6:00PM: SESI BERGAMBAR
6:15PM: NGETEH DOLUU..HEHEHE
7:00PM: BERSURAI

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI SAYA:

azrul DRsprinta : 0177561565
email : azrulsprinta@yahoo.com
azrulidqham@rocketmail.com

INVITE MEMBER2 KITA OK!!
"ONE OF OUR FAMILY"


Saturday, April 9, 2011

Rindu kat someone nie.........

Hazwani Harun
cute kan

Izinkan aku untuk mencintainya..namun bila waktunye telah habis dengannya....biarkan cinta ini,hidup untuk sekali ini saja...cintaku,kasihku,hanya untuk dirinya seorang saja....

Aku rindu dia sgt2 hazwani harun.....aku x bleh lpakan dia.....wlaupun dia anggap aku sbagai kwn.aku x bleh trima org lain selain dia.

Tuesday, April 5, 2011

Malu

Assalamualaikum semua,aku nk cter skit psl apa yg terjadi masa aku kja tdi........cter dia mcm nie........lbih krang pkl 4,kwn aku ajk mkn..............aku gtaw dia nk settle kje dlu bwu aku nk mkn.........lpas dah settle kje aku pon p la mkn nasi ayam ngn kwn aku nie.Nak djadikankan cter kwn aku sowang lg nie tgh mop lantai,msa tue aku tgh pulun mkn........besa la lpaq tahap cipan ha3.Lpas sdah mkn........aku pon tggu lg nk p bsuh pinggan la.......dah la bajet hensem dpt customer.Lpas 2 taw apa yg terjadi???..........aku pon jln la kt tmpt kwn aku tgh mop nie.......aku x prasan plk yg kwn aku nie tgh mop lantai.........mcm mna la aku bleh tergelincir dpn tue..........dah la tue aku pgang pinggan ngn aiq semua terbang skali wktu jtuh tue...........x psl2 ayam aku terbang skli.....habis bsah 1 bdan.dah la jtuh dpan customer.........malu yg teramat sgt....jtuh la reputasi aku.kwn2 aku pkat2 dok gelak ja...kojaq sgguh.aku dok tgh sakit kwn2 aku bleh gelak plk.........nsib badan.


p/s kepada kwn aku sowang nie...klau nak mop lantai perah aiq bagi abis dlu bwu mop lantai.....

Sunday, April 3, 2011

s.h.E (selami hati eiz)








Aku nk ucapkan tahniah kepada semua crew2 yg terlibat dlm short filem s.h.E (selami hati eiz)
aku dah tgk short filem nie mmg terbaik r aku ckap



Kenangan Terindah Kwn2 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin


  Azzam,Anas,Syafiq,Zaid,Shahrul,Afiq,Faizal,Nazrul 

Roy
  Abg Din
Ahmad
Fitri
Shahril
Nazrul
Naim
Hafiz (keje tido)
Aina
Siti Nur Atiqah
Munirah (mun)
Yeen Bueh ha3
Farhana (rock la sgt kn)
Ainul
Zura
Elmy Nadia atau End,Eiz
Siti  Aida
Syatila



Assalamualaikum semua,entry aku kali nie.........psl kwn2 aku kt poli Perlis.aku knl depa nie pon wktu depa wat shooting kt Pendang........aku pon terlibat sma.wlaupun bwu sgt knl dgn depa nie rasa mcm dah knl lma dah........sronok kwn dgn depa nie sporting abis kot ha3.Lpas nie ssah dah nk jumpa depa nie sbb depa dah sem last,yg dok kt Kedah bleh la jumpa,yg jauh tggu depa nie kahwin la aku p he3..............serius aku ckap korang semua nie terbaik r......aku sayang korang semua.InsyaAllah ada masa kita jumpa lgi n0........gud luck.


Thursday, March 24, 2011

Kelab Kedah Lc Crew Masuk Majalah Kapcai........Ride To Kelate V'2


Majalah Kapcai





Assalamualaikum semua,entry aku kali psl club aku.........pgi tdi aku dpt msg dari mmber aku,kta konvoi ride to kelate V'2 masuk majalah kapcai....................aku pon tggu lg..............trus aku p kedai 
cri majalah kapcai.Perghhh mcm x caya je........yg x bestnya aku x dpt join mmber2 aku g kelate sbb ada masalah yg x dpt dielakkan...........mmg jelezzz giler kot.......mngkin bkn rezeki aku kot thun nie.
insyaallah klau thun dpan buat lgi aku p.........apa pon aku ucapkan tahniah kpada semua yg menjayakan misi tersebut........

KEDAH LC CREW
ONE OF OUR FAMILY

Tuesday, March 15, 2011

Mungkinkah Azraai kembali ke Kedah?


Seperti mana yang kita tahu, pada tahun 2009 jurulatih kedah yang telah mencipta nama di negerinya sendiri dengan gelaran "Double Treble" telah menggemparkan seluruh penyokong setia hijau kuning dengan berita beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Sebab dan alasan beliau adalah kerana kemerosotan pasukan yang dibawa beliau ketika itu dalam kempen Liga Super dan Piala Malaysia. Kemudian masalah yang menyebabkan beliau meninggalkan pasukan kedah juga kerana masalah jentera serangan yang kurang menyerlah disebabkan kecederaan beberapa pemain, seperti khyril muhymeen ketika itu terpaksa rehat panjang akibat menjalani pembedahan lutut.

Selain pada itu, masalah utama beliau disebabkan tiada kerjasama dengan pihak pengurusan, pada masa itu Pengurus Datuk Khazali Din memegang tampuk pimpinan pengurusan pasukan Kedah.Sementara itu  Azraai mengatakan "Haris Safwan menghubungi saya sendiri dan menyatakan sanggup datang bermain di kedah, apabila perkara tersebut dimaklumkan kepada pengurusan langsung tidak dapat kerjasama dari pihak pengurusan".

Dan selepas beliau meninggalkan pasukan kedah, beliau telah berhijrah untuk menabur bakti pada pasukan muda kebangsaan, ketika itu beliau membimbing pasukan Harimau Muda ke Slovakia bersama jurulatih Azman Eusof.

Pada masa itu beliau telah direhatkan oleh FAM kerana ada sedikit konflik dalaman dalam pengurusan kejurulatihan pasukan itu dan beliau terikat dengan kontrak FAM sehingga tahun 2011.

Pada 8 Mac 2011, lagi sekali Azraai menggemparkan penyokong setia hijau kuning yang menunggu beliau dibebaskan dari kontrak bersama FAM dengan memaparkan ayat di laman sosial facebook beliau dengan mengatakan "Syukur Alhamdulillah akhirnya saya bebas".

Ramai penyokong setia hijau kuning yang memberi maklum balas di situ agar beliau memegang kembali jawatan ketua jurulatih kedah. kerana pada masa ini pasukan kedah mengalami kemerosotan dan penyokong mahukan pengunduran ketua jurulatih kedah sekarang Hj. ahmad yusof dan pengurus datuk Khazali Din.

Dan selepas beberapa hari, di dada-dada akhbar banyak mengeluarkan cerita mengenai Azraai telah dilamar oleh dua pasukan, tetapi beliau merahsiakan nama pasukan yang ingin menggunakan khidmat beliau itu. Selain itu, azraai juga menyatakan hasratnya untuk bersama kedah kembali jika beliau diberi peluang.

Menjadi tanda tanya sekarang pada masa beliau meletak jawatan, pengurus yang menguruskan pasukan kedah adalah Khazali Din, dan sekarang beliau juga masih memegang tampuk pimpinan itu. Seperti yang kita tahu sekarang penyokong Kedah mendesak agar khazali din berundur dari jawatannya kerana mereka mengatakan beliau adalah punca prestasi pasukan kedah merosot.

Jika Azraai kembali ke pasukan kedah adakah beliau akan selesa dengan pengurusan kedah sekarang ini atau sebaliknya?. apa yang diharapkan sekarang "PENYOKONG SETIA KEDAH" sentiasa menunggu Azraai Khor memberi keputusan untuk membimbing pasukan Kedah kembali. Dan sentiasa berdoa agar pihak KFA dapat memulihkan masalah yang dialami sekarang ini.

Penyokong kedah juga mengharapkan keputusan yang terbaik akan diberikan kepada penyokong setia hijau kuning dalam mesyuarat KFA yang akan datang.